Wednesday, August 11, 2010

ceritera Ramadhan

Salam alaykum kepada sahabat sahabiah yg dipelihara Allah... semoga Ramadhan kita kali ini membuatkan kita lebih menginsafi diri. Jangan makan terlalu kenyang tau, nanti nak tunaikan solat Tarawih pun tak larat... hehe ^_^
Ok lah.. memandangkan sha dah lama sangat tak update blog ni... hari ni.. sha nk kongsi sikit pada sahabat sahabiah semua tip2 baraqah dalam Ramadhan....
Marilah sama2 kita hayati.....




Bismillahirahmanirrahim....

Rasulullah SAW  pernah bersabda yang bermaksud :
"Orang yang berpuasa itu mempunyai dua kegembiraan.
Pertama, kegembiraan ketika berbuka (puasa) dan kedua, kegembiraan ketika menemui Tuhannya".


Waktu berbuka puasa (Iftar) adalah satu daripada dua masa yang menggembirakan setiap umat Islam yang berpuasa. Oleh kerana terlalu gembra kadangkala menyebabkan umat Islam tidak menyedari dan lupa mereka melanggar etika murni yang ditetapkan Islam iaitu boros dalam perbelanjaan. Jangan membazir tau... Membazir itu amalam syaitan.......

Allah berfirman yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya." (Surah al-Isra':27)


Rasulullah bersabda yang bermaksud:
"Diriwayatkan daripada al-Mughirah bin Syu'bah katanya: Rasulullah SAW bersabda: sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kamu menderhaka kepada ibu, menanam anak perempuan hidup-hidup, enggan memberi (menyedekah) miliknya tetapi meminta-minta milik orang lain dan ditegah ke atas kamu tiga perkara, iaitu mengada-adakan cerita, banyak bertanya dan membazir harta." (Riwayat al-Bukhari dalam Kitab Etika Hadis N0.5518).


haaa.......... da baca?? da hayati?? da tau kan...... membazir tu x baik.. makan ikut keperluan..... jangan la sampai membazir... dapat dosa lagi ada... hehe...
macam Ustaz sha cakap... makan bila lapar.. berhenti sebelum kenyang... ni dah 3 kali sendawa pun duk makan lagi.... hehe... betul gak kan.. eh.. sha mcm tu ke?? mane ade.... hehe


ok lah... lets us go directly ok....

First of all... or Pertama sekali....

MENCARI KEBERKATAN...

macam mana nak cari keberkatan??????
Puasa mata menuntut kita agar mengurangkan pandangan mata (menghindari pandangan yang haram) serta menahannya daripada memandang perkara yang makruh dan dari sesuatu yang menyibukkan hati sekaligus memalingkan perhatian dari berzikir kepada Allah......

Rasulullah SAW bersabda: "Memandang (yang haram) adalah panah beracun dari panah-panah iblis la'natullah alaih. Barangsiapa yang dapat meninggalkannya, maka Allah akan memberi iman yang dapat dirasakan manisnya di dalam hati.

Ok... kalau puasa lidah?
Puasa lidah lagi lah dituntut.... Menjaga lisan daripada berbicara perkara sia-sia dan mengumpat orang lain. Wajib bagi kita sbg Muslimin dan Muslimat untuk membiasakan mendiam diri sebaliknya menyibukkan dengan berzikir kepada Allah dengan membaca Al-Quran.

Rasulullah pernah bersabda: "Sesungguhnya puasa adalah perisai. Apabila salah satu di antara kamu berpuasa hendaklah jangan berbuat keji dan berbuat kebodohan. Dan apabila ada seseorang mengajak bertengkar atau mengutuknya maka hendaklah ia menjawab, "Sesungguhnya aku sedang berpuasa".


Macam mana dengan puasa telinga?? Ermmm...

Menahan pendengaran daripada perkara haram yang dibualkan oleh orang lain. Maka kita kena elakkanlah daripada mendengar perbualan yang sia-sia.. Kalau kawan-kawan kita macam tengah mengumpat sipolan-sipolan ni.. Jangan pulak kita 'join' sekali... Alamatnya ber'diskaun'lah pahala puasa kita tu nanti.. Betul x? hehe....

Allah berfirman yang bermaksud: "Mereka mendengarkan perkataan dusta dan memakan makanan haram". Oleh kerana itu berdiam diri mendengarkan umpatan adalah haram".
Sahabat sahabiah tentu faham kan, mengata sahabat kita itu seolah-olah makan bangkai saudara sendiri.... MasyaAllah.. takut ana dengar..

Puasa ape lagi ea... Mata dah... lidah dah... telinga pun dah... Ermm... ok.. Puasa anggota badan??? eH... Ade ke? Jawapannya ADA....

Kita perlu menahan anggota badan yang lain seperti tangan dan kaki dari perbuatan yang tidak baik. Termasuklah perut kita ni...Perut ni la yang bawak banyak2 penyakit... Sebab ape je yang terpandang kat mata time puasa-puasa ni... Mesti terasa nak makan.. nak makan.... hehe...
Tapi AWASSSSSSSSSSSSS...... jangan kita makan makanan yang syubhat ketika berbuka puasa. Ingat ingat la sahabat... Berbuka puasa di hotel 5 bintang?? 10 bintang?? Belum tentu mereka menyajikan juadah berbuka yang halal.... Hati-hatilah... ISU HALAL HARAM NI... dah kerap sangat terpampang kat surat kabar skarang.... terutama makanan di restoran terkemuka dan kopitiam.. JADI sahabat sahabiah yang dikasihi Allah sekali... Berjaga-jagalah ok.. Lebih baik masak sendiri kan lebih selamat... ^_^

Sha rasa macam dah panjang sangat sha tulis... Nanti mesti orang bosan nak baca kan... =(
Oklah nak stop kat cini ke.. sebenarnya banyak benda lagi nak share.. tapi nanti lain masa.. sha post yang lain ok...
Jadi di bulan Ramadhan ni.. banyak-banyakkanlah membaca Al-Quran. Cuba la khatam utk tiap-tiap kali Ramadhan.... buatlah Qiamullain bila ada kesempatan waktu...Lagipun bulan Ramadhan ni... memg dikenali dgn bulan Al-Quran.. Ramai yang bertadaruz dan Al-Quran sendiri pun turun pada bulan Ramadhan......
Rasulullah S.A.W sendiri telah menjanjikan sebuah hadiah yang cukup lumayan bagi sesiapa sahaja yang melakukan 'Ihya Ramadhan'......... apa tu 'Ihya Ramadhan' ?????? 'Ihya Ramadhan' (menghidupkan dan memakmurkan bulan Ramadhan)

Lagi 1 sha nak pesan.. Sentiasalah settting niat kita nak lakukan yang terbaik untuk bulan Ramadhan ni.. Mana lah tau kan.. ini Ramadhan yang terakhir buat kita.. Sentiasalah Istiqomah dalam menjalankan perintah Allah.

Itu sahaja dari sha... Hayatilah dan amalkan doa yang ana nak bagi sempena bulan Ramadhan ini ok... Assalamualaikum =)

"Ya Allah, Jadikanlah kami ini orang-orang yang selalu istiqamah mnjalankan ibadan di bulan Ramadhan. Kurniakan kami dengan kekuatan dan keimanan untuk beribadah kepada-Mu dengan lebih kusyuk dan tawaduk". amiin.......