Wednesday, September 7, 2011

Riang ria raya

Assalamualaikum....

Syawal telah menjelma jua buat kita setelah sebulan berpuasa. Rasanya masih belum terlambat untuk sha ucapkan selamat hari raya Aidilfitri. Sha minta maaf zahir dan batin jika ada perkataan atau perbuatan yang menyinggung perasaan sahabat sekalian. 

Tahun ini sha beraya secara sedarhana sahaja bersama keluarga tercinta dan alhamdulillah dengan sedikit gaji (part time) masa cuti semester sha belikan adik-adik perempuan baju kurung sepasang seorang di jalan TAR, KL. Sha pergi bersama sepupu-sepupu perempuan. Lagi sepasang walid belanja.. alhamdulillah =)

Sehari sebelum raya, sha menolong umi bersama walid dan adik memasak rendang. Agak banyak juga kami buat dua jenis rendang serentak untuk dibawa ke kampung kedua-dua belah family walid n umi..syukur rendang daging itu sedap =)

itu sajalah serba sedikit dari sha untuk hari raya ini mungkin sha akan post lagi di masa hadapan insyaAllah... Semoga bertemu lagi.. Assalamualaikum =)

kek coklat kukus yang sha jual kerana ada tempahan dari manager tempat sha kerja (part time)


1st time tahun ni sha buat biskut arab. Sangat mudah dan memang sedap. Alhamdulillah, syukur sgt pada Allah sebab memang menjadi..


Salam syawal dari sha.. Assalamualaikum (^_^)

Sunday, August 14, 2011

Ramadhan... hadirmu dinanti~

assalamualaikum.. sahabat ana sekalian..

Maaf, mungkin kali ini sha mengambil masa yang agak lama untuk post di blog ini. Sha sedikit sibuk dengan urusan kerja yang tak dapat dielakkan (part time je).. hihi..

Tanpa disedari.. Kita telah melangkah ke bulan Ramadhan dan hari ini adalah 15 Ramadhan bermakna, kita telah melangkah ke fasa yang kedua dalam bulan mulia ini. Sudah tentulah, bulan ini bulan yang dinanti kerana pada hujung bulan ini kita akan menyambut hari raya, bertemu sanak dan saudara dan bergembira serta saling ziarah menziarahi tetapi disamping keghairahan kita untuk menyambut syawal yang bakal menjelang lagi 15 hari sahaja lagi, marilah kita memperbanyakkan ibadah kita di bulan ini.

Di sini sha sertakan sedikit kelebihan di bulan Ramadhan ini untuk menambahkan ilmu sahabat-sahabat sha dan selebihnya sahabat boleh mendapatkan lebih banyak info di internet atau mungkin di mana-mana pusat Islam yang mana info yang diberiikan mungkin lebih menarik dan jelas.. Selamat menunaikan ibadah puasa... =)

Keistimewaan Ramadhan...

1. Pintu-pintu syurga dibuka.
2. Pintu-pintu neraka ditutup serapat-rapatnya.
3. Semua syaitan dibelenggu.
4. Pintu rahmat dibuka seluas-luasnya.
5. Syurga-syurga dihiasi untuk orang yang berpuasa.
6. Pahala orang yang berpuasa dilipatkaligandakan sehingga 700 kali ganda.
8. Orang yang tidur(sekadar rehat) dianggap ibadah.
9. Orang-orang yang berpuasa doanya mudah dimakbulkan.
10. Bau mulut bagi orang yang berpuasa itu adalah wangi disisi ALLAH sepertimana
haruman kasturi.
11. Orang yang berpuasa itu diberi dua kegembiraan daripada ALLAH iaitu gembira
ketika berbuka puasa dan ketika bertemu dengan ALLAH kelak.
12. Orang yang berpuasa itu dikurniakan sifat kesabaran melebihi dari bulan-bulan
yang lain.
13. Orang yang berpuasa itu rezekinya dimurahkan.
14. Perasaan kasih sayang akan lebih di bulan Ramadhan.
15. Al-Qur'an diturunkan dan kitab-kitab samawi yang lain.
16. Adanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan iaitu "Lailatul Qadr".

Tuesday, July 26, 2011

Muhasabah cinta

Bismillahirahmanirrahim...

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah kali ini dapat lagi sha diberi peluang oleh Allah untuk berkongsi suka dan duka dengan sahabat sekalian. Pasti ramai sahabat yang tertanya-tanya ke mana sha menghilangkan diri. Sebenarnya sepanjang cuti semestar empat bulan ini, sha ambil kesempatan untuk bekerja menimba pengalaman selagi ada... =)

Tanpa kita sedar Ramadhan sudah menghampiri kita. Begitu cepat masa berlalu sehingga tanpa kita sedar Syaaban ingin meninggalkan kita. Kepada yang masih belum menggantikan puasa anda, cepat-cepatkanlah ganti, jangan lewat-lewatkan ya! dan kepada yang sudah menggantikan puasa atau memang puasa penuh, apa salahnya di bulan Muhammad ini, kita berpuasa Syaaban, banyak ganjaran yang telah dijanjikan Allah untuk kita.

Baiklah, hari ini sha ingin berkongsi dengan sahabat tentang 'Muhasabah Cinta'... Sebenarnya sha dapat ilham ini dari lagu 'Muhasabah Cinta' oleh kumpulan nasyid EdCoustic itu sendiri dan sha sangat tersentuh dengan butiran lirik dalam lagu ini sehingga ada kala sha menangis sendirian.

Bila Ramadhan sudah hampir macam ni, sha mula terasa banyak dosa-dosa lalu yang sha lakukan membuatkan diri ini terasa begitu kecil sekali. Andai masa bole diputar, tidak ingin membuat walau sezarah dosa pun. Tapi kita kena ingat, manusia tidak terlepas dari ujian. Ia bukanlah suatu hukuman tetapi ia adalah tanda kasih sayang dari Allah supaya kita lebih beriman.

Sahabat sekalian, selagi kita diberi peluang oleh Allah untuk merasai nikmatNya, hargailah ia sebaik-baiknya. Tidak selamanya kita akan sihat, suatu hari kita pasti diuji dengan kesakitan. Tidak selamanya kita akan senang, suatu masa pasti kita diduga dengan kesulitan.

Tentu sahabat semua masih ingat lagu kumpulan nasyid Raihan yang mendendangkan lagu Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Jadi, muhasabah kembali apa yang telah kita lakukan sebelum ini, jika terasa diri sudah mula tersasar, kembalilah segera ke jalan Allah. Allah telah menganugerahkan kita dengan nikmat yang sangat banyak,.jagalah nikmat pemberiannya dengan sebaiknya dan jangan salah gunakan ke jalan maksiat. Sayangilah diri kita dan jangan bermusuhan sesama manusia. Banyakkan bersabar kerana Allah cinta pada hamba-hambaNya yang sabar.

Muhasabah kembali cinta Illahi. Dia tidak pernah mengecewakan kita, bukan Dia tak tahu retaknya hati kita, remuknya jiwa kita, tapi Dia tahu, hati yang sebeginilah yang lebih lunak dan lebih dekat denganNya. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Aku banyak khilaf padamMu, Aku malu dengan dosa-dosa ini Ya Allah. Berilah aku nikmat kesihatan supaya aku akan terus sujud padaMu, menjadi hamba yang dicintaiMu... Amminn...


Di kesempatan ini, sha ingin mengucapkan salam Ramadhan pada sahabat semua. Jadikan Ramadhan kali ini yang terbaik untuk kita dan capailah Lailatul Qadar, malam seribu bulan. Sama-sama kita doakan kesejahteraan sahabat-sahabat dan saudara- saudara kita. Maaf segala kesilapan sha. Jaga diri dan assalamualaikum =)


Muhasabah Cinta
********************
Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Saturday, May 21, 2011

berpijak di bumi nyata

assalamualaikum sahabat sha.. apa khabar? Sha harap kalian semua baik-baik saja..
Baiklah, ari ni sha terasa nak post 1 puisi yang sha letak tajuk 'berpijak di bumi nyata'.... puisi ni dikarang sendiri oleh seorang insan yang sha panggil kakak, yang suke berkarya dan dia seorang yang amat ceria namun hatinya halus. Karya dia membuatkan sha tertarik untuk post di sini setelah minta izin awal2.. hihi.... Sungguh terharu membaca puisi ini jadi sha nak kongsikan dengan sahabat semua..

Diwaktu seketika dulu
Duduklah diriku diatas bukit seorang diri
Memerhati sekeliling keindahan ciptaan Tuhan
Sungguh mendamaikan hati nikmat dari PemberianNya

Ku tercari-cari sesuatu yg membelengu diriku
Seolah-olah aku adalah musafir ditanah nan kering lagi gersang
Yang tak punya apa-apa cuma akal fikiran
Terfikir akan diriku apakah tujuan untukku hidup

Siapakah aku dibumi Tuhan ini
Yang kutahu aku adalah khalifah bumi
Dilantik oleh tuhan untuk mentadbir bumi
Apakah tertunai tanggungjawab ku
Persoalan ini ku tiada jawapan

Benak sering membelengui diriku
Apakah dunia seakan berakhir
Balasan didunia dah banyak terjadi
Berbagai derita datang menimpa
Petanda-petanda kecil di depan mata
Tapi tidak juga menginsafi diri manusia




Sha harap puisi ini bukan sekadar dibaca tetapi dihayati maksudnya yang amat mendalam.. Sebagai manusia dan sebagai hamba Allah, apa yang penting dalam hidup ini adalah menjadi seorang khalifah yang amanah dan berpijaklah di bumi yang nyata.. =)

Wednesday, May 4, 2011

Susah dimiliki... Payah dijaga...




Assalamualaikum... Selamat petang, selamat bertemu (bertemu ke).. hihi.. Alhamdulillah, hari ini sha masih diberi kesempatan oleh Allah untuk terus menulis dalam blog ini.. Rasa malas pun ada nak update blog kan. Tapi menyampaikan risalah Allah itu perlu diteruskan, moga ada yang mendapat manfaat daripadanya.

Tajuk hari ini, susah dimiliki, payah dijaga.. Tadi di laman fb, sha ada tanyakan teka teki tentang ini, macam-macam jawapan yang ana dapat. nak tergelak pun ada. Sajalah untuk menguji sahabat-sabahat di fb. Dari jawapan duniawi sampailah jawapan iman dan akhlak.




"susah dimiliki payah dijaga"



Tajuk ini sama seperti lagu hijjaz, lagu yang bertajuk sifat mahmudah.. ya sifat mahmuddah... itulah sesuatu yang susah dimiliki, payah dijaga... memg ana ambil ilham dari lagu ni pun.. hihi... Sifat manusia terbahagi kepada dua iaitu sifat mahmudah dan mazmumah. Sebut je mazmumah, macam sedap je sebut kan tapi jangan pulak ade orang letak name anak dia Mazmumah, kesian budak tu.. hihi

Apa sifat mahmudah itu? 


Sifat mahmudah atau sifat-sifat murni atau sifat terpuji yang perlu ada dalam diri setiap insan. Sifat ini lah yang memandu kita melakukan perkara yg baik atau yang batil. Sifat mahmudah susah untuk kita miliki. 
Mungkin masih ramai yang tidak pasti lagi kan apa tu sifat mahmudah, jom kita check dalam check list kat bawah. Sifat mahmudah ini banyak, tapi ana ambil 10 jelah k. Mungkin sifat-sifat ini ada atau mungkin juga tak ada dalam diri kita, jadi sama-samalah kita ambil pelajaran k =)


Imam Al-Ghazali r.a. telah menggariskan sepuluh sifat Mahmudah / terpuji di dalam kitab Arbain Fi Usuluddin iaitu: 

Taubat - taubat ni adalah keazaman untuk meninggalkan segala kesalahan dan dosa2 yg telah dilakukan
Takut kepada Allah (taqwa)- Seseorang muslim itu apabila dia mengenali Zat Allah melalui  sifat2Nya, maka jiwanya akan mewarisi perasaan takut terhadap Allah SWT
Mahabbah (kasih sayang)- Kasih akan Allah SWT itu dipuji oleh syarak dan dimuliakan oleh Rasullullah saw
Zuhud - mengambil dunia sekadar yang perlu
Sabar- apa sahaja ujian yang menimpa walaupun berat, tetap sabar dan redha
Syukur - mensyukuri setiap nikmat kasih sayang Allah 
Ikhlas dan benar- ikhlas terhadap apa yg dikerjakan
Tawakkal - sentiasa berserah diri kepada Allah SWT setelah berazam, seterusnya diikuti dgn usaha
Redha dgn Qadak dan Qadar- terima ketentuan Allah dengan hati yang terbuka
Mengingati Mati - Hadis Nabi saw bermaksud ” Sepintar-pintar manusia ialah orang yang sentiasa mengingati mati dan sentiasa bersiap sedia menghadapinya, mereka itulah orang yang bijaksana”.
Dan Imam Al-Ghazali juga telah menggariskan sepuluh sifat Mazmumah / tercela / sifat keji di dalam kitab tersebut iaitu :
  1. banyak makan
  2. banyak bercakap
  3. marah
  4. hasad
  5. bakhil
  6. cintakan kemegahan
  7. cintakan dunia
  8. bangga diri
  9. ujub
  10. riya'




Jadi renungkan dalam-dalam, muhasabah balik diri kita banyak mana sifat mahmudah yang ada dalam diri kita dan banyak mana pula sifat mazmudah. Kadang-kadang tak kita tak sedar itulah yang kita buat, yang buruk itulah yang kita buat... kerana apa? 

 yang buruk itu manis kerana yang memaniskannya adalah syaitan... 

***************
sifat mahmudah oleh Hijjaz

Inilah Sebahagiaan sifat mahmudah
Yang patut ada pada diri kita
Susah dimiliki payah dijaga
Hanya yang punya
Yang bermujahadah

Ikhlas itu jiwa yang murni
Rahsia Allah di dalam hati
Terlalu sembunyi tapi dapat dikesan
Jika disuluh dengan saksama
Nista dan puji tiada berbeza

Redha sifat hati yang suci
Ujian yang tiba rasa gembira
Atau tiada apa terasa
Kerna menerima anugerah Tuhannya

Sifat Sabar sedikit berbeza
Ujian yang menimpa sakit dirasa
Tapi dapat ditahan perasaannya
Hanya bermain di dalam sahaja
Di luar tidak nampak terang nyata

Friday, April 29, 2011

Hantaran Kasih Tuhan

Assalamualaikum.....
ahlan wasahlan.. apa kabar sahabat2 sha sekalian? kalian sudah makan? bagaimana perjalanan hari ini, ok tak? =)

hari ini sha ingin berkongsi cerita.. lama sudah tak cerita tentang kehidupan sendiri kan. Semalam sha ke pesta buku di PWTC. Memamg ramai sangat orang kat sane, macam-macam ragam ada. Jadi sha pun sempatlah membeli beberapa buah buku dan novel. Salah satu dari novel yang menyentuh jiwa sha tika ini ialah novel yg bertajuk "Hantara Kasih Tuhan" oleh Noorfadzillah Omar.

Novel itu bukan sahaja berkisar tentang cinta dan kasih sayang sesama insan, tetapi juga penulisnya mengajak sekali pembaca untuk beribadah melalui mesej-mesej yg disampaikan yang sarat dengan islamiknya. Membawa pesan moral, kecintaan, inspirasi, makna hidup beragama dan hikmah bermaafan dlm landasan kehidupan.

Shaa ingin sekali menjadi seperti watak utama dalam kisah ini, Nur Wardah yang cekal hatinya, baik budinya, anak dan isteri yang solehah. Walaupun jodohnya atas pilihan keluarga, Wardah redha keran dia tahu jodoh dari Allah itulah yang terbaik untuknya.

Barakallahu lakum wa Baraka Alaiykum', mudah-mudahan Allah memberi kalian keberkatan dan melimpahkan atas kalian keberkatan'. 

Itulah ayat pertama yang diluahkan Wardah pada suami, pertama kali  penyatuan mereka, sehingga membuatkan suaminya tidak keruan. Namun apa yang disangka tidak semanis yang diduga.

Lantaran kerana kecacatan yg dia miliki, dia dihina oleh suami sendiri yang baru sahaja menikahinya.  Namun demi taatkan suami, dia rela diperlaku seperti itu sehinggalah ajal menjemputnya ketika sarat mengandung anak mereka, anak yg disayangi demi pengikat kasih mereka suami isteri. Sepanjang hayatnya yang singkat, tidak pernah sekali pun dia memburuk-burukkan suaminya, malah dia mengangkat darjat tertinggi tentang suaminya ketika orang lain sibuk bertanya.




'Sabar ya sayang. Orang sabar disayangi Allah. Apabila hilang sabar didekati syaitan.' itulah antara ayat yg sering Nur Wardah sebut-sebut demi untuk tenangkan hatinya berhadapan dgn suami yg jelas-jelas mempunyai wanita lain..Sungguh cekal hati Wardah hingga dia mampu membuat orang lain berubah dgn izin Allah....


Mungkin novel ini jika dibandingkan dengan novel lain di pasaran, hampir sama jalan ceritanya tentang kisah kehidupan, tapi kualiti yg dia ada membuatkan kita rasa begitu terharu untuk membaca. Mungkin ramai juga yang tak sedar banyak novel-novel yang islamik di pasaran yang menarik untuk dibaca, kisah yang memberi tauladan tidak hanya berkisar tentang cinta dan kehidupan semata-mata dan yang paling menarik, penulisnya menyelitkan potongan dari ayat-ayat suci Al-Quran dan hadis yang berkaitan.

InsyaAllah, kisah hidup Wardah membuatkan hati ini rasa betapakah diri ini sangat kerdil dan hina. Terasa diri ini sangat kecil jika dibandingkan dgn nikmat Khalid. 'Ya Allah, beri daku kekuatan untuk menjadi wanita yang mampu membawa orang lain untuk dekat denganMu, yang mampu mengubah musibah menjadi anugerah'. InsyaAllah......

Wednesday, April 20, 2011

Jangan tinggalkan daku

Bismillah.....

Assalamualaikum sahabat2 yg dikasihi Allah sekalian... Sha doakan kalian semua berada dalam keadaan sihat walafiat. Ape perancangan sepanjang hari ini? Moga apa yg kita buat itu, kita fikirlah dulu kesannya k =)

Hari ni sha nak tulis tentang "Jangan tinggalkan daku". Bunyinya macam tajuk lagu kan. Tapi itulah, kita sering dendangkan muzik-muzik sebegini untuk menunjukkan cinta dan sayang kita pada pasangan kita. Tapi sejauh mana kita tunjukkan kasih sayang itu pada pencipta kasih sayang ?? Fikir-fikirkanlah....

Marilah sama-sama kita hayati sedikit nukilan dari sha. Kisah ini tiada kene mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Semoga kita semua mengambil iktibar dan pengajaran serta mendapat manfaat dari kisah ini. Wallahualam~

Jangan tinggalkan daku.....

Dulu....
Masa ku sekolah dulu, aku seorang yg sangat pemalu, dek kerana rasa malu itu, aku tidak sanggup memandang wajah lelaki, bagiku, apa ada pada lelaki.

Dulu...
Aku bertudung labuh ke sekolah, tidak lupa memakai stoking kaki dan 'aurah' iaitu stoking tangan, mengambil subjek bahasa Arab, walaupun itu bukan subjek kegemaranku, tapi bila dah selalu menulis dalam arab, tulisan arabku dan jawiku menjadi cantik.

Dulu....
Aku lebih banyak terdiam dari berkata-kata. Bagiku, lebih baik tak banyak cakap dari berdosa kerana mengumpat orang. Aku suka menyendiri, kalau tak de ape nak buat setiap kali masuk azan, aku pasti ke pusat islam menunaikan solat berjemaah, tenang sungguh.

Dulu....
Aku tidak suka melihat orang yang berpakaian singkat dan ketat kerana aku sendiri menjaga pakaianku. Aku bahkan selalu menasihati dan menegur rakan-rakan mana yang tidak menutup aurat dengan betul dan mana yang memakai tudung yang jarang dan singkat. Aku tidak mahu menanggung dosa orang lain lagi sedangkan dosa aku sendiri tidak tertanggung.

Dulu....
Aku selalu bergaul dengan orang-orang yang baik. Rakan-rakan sekelasku juga baik-baik belaka. Ada antara mereka juga sama sepertiku, bertudung labuh. Kadang-kadang kami berkongsi masalah dan kadang-kadang kami bersama dalam kumpulan usrah setiap maghrib di pusat islam.

Dulu....
Setiap malam sebelum tidur, aku akan pastikan diri ini berwuduk dan membaca surah Yassin. Aku akan jadi lebih tenang dan lenaku juga akan terasa lebih beerti andai aku ditakdirkan pergi mengadapNya. Akan kurenjis sedikit air bacaan Yasinku disetiap penjuru bilik, ustazah berpesan agar air bacaan Yassin dengan bantuan Allah akan mengelakkan kita dari gangguan jin dan syaitan. Kadang-kadang aku bangun di awal pagi mengerjakan solat tahajjud ketika orang lain tidur, rasa takut tu ilang diganti dengan lena bersujud pada-Nya.

Dulu.....
Usai solat, aku tidak lupa untuk membaca Quran, walaupun hanya sempat satu muka pun, aku tetap akan baca. Jiwa rasa lebih tenteram dan dada pun terasa lapang. Aku terasa begitu dekat dengan Tuhan dan ketika itu dapat ku mengerti manisnya iman.

Dulu....
Aku tidak akan lupa untuk sentiasa solat hajat, lagipun tahun tu aku SPM. Moga Allah perkenankan doa dan hajatku. Usai solat hajat, aku akan tetap berteleku di sejadah, kalau tak mengaji quran pun, aku akan berzikir memuji Tuhan. Aku juga tidak lupa bersujud syukur atas nikmat pemberian Allah setiap hari.

Dulu....
Setiap kali musim puasa, aku tidak akan terlepas untuk selalu berada di pusat Islam menunaikan solat tarawih dan mendengar ceramah dari ustaz. Jika sebelum ini ada aku jarang membuat yang sunat, masa puasalah aku banyakkan ibadah-ibadah sunat, aku khatamkan 30juzuk al-Quran demi menunjukkan cintaku padaNya.

dan.....
alhamdulillah, berkat doa dan usaha aku yang berterusan aku berjaya dengan cemerlang. Aku tidak lupa bersujud syukur pada Allah beberapa kali tanda gembiranya hati ini dan tanda terima kasih aku pada Yang Maha Penyayang. Dan apa yang telah aku nazarkan, aku tunaikan sikit demi sedikit sampai habis.


Kini.... 
Masa telah berganti, aku telah pun melanjutkan pelajaran di salah sebuah universiti tempatan.
Syukur aku panjatkan pada pemberi rahmat sekalian alam. Terima kasih ya Allah atas kurniaan ini, aku kini bergelar mahasiswa universiti.
Kini...
Sedikit demi sedikit aku sibuk dengan tugasan harian, kadang kala perkara-perkara sunat yang seperti aku selalu buat dulu, ada beberapa kali aku tinggalkan. Solat tahajjud susah aku nak buat kerana tidur selewat tiga atau empat pagi.

Kini....
ada kala solat yang wajid pun ada aku tinggalkan terutama solat subuh, bila badan sudah penat membuat tugasan dan membaca, akhirnya bunyi jam pagi-pagi buta pun aku tak sedar. Bila bangun, jam sudah pukul 8.00 pagi masa untuk bersiap-siap ke kelas.

Kini....
aku selalu bergaul dengan kawan-kawan baru yang macam-macam perangai. Aku sudah berani berkawan dengan lelaki, tidak seperti aku yang dulu. Ada masa, aku satu kumpulan dengan pelajar lelaki. Apa yang boleh aku buat, tugasan kadang-kadang dibuat di restoran yang ada wireless untuk kemudahan perbincangan.

Kini....
Sesekali kalau ada masa terluang, aku selalu melayari internet, berbual dengan rakan-rakan dan menghabiskan masa depan komputer. Jarang sangat aku membuka kembali Al-Quran yang dah lama aku simpan di atas almari di bilikku.

Kini....
Jangan kata Pusat Islam, nak dengar ceramah tiap-tiap hari rabu di surau asrama pun susah. Alasannya, esok ada ujian dan aku perlu mengadap buku, buku dan buku. Aku tidak mahu ketinggalan dalam pelajaran, bukankah itu cita-citaku mahu menjadi orang yang berjaya...

Kini...
Pakaian yang aku pakai adalah sesimple mungkin, bukan apa ini senang untuk aku bergerak ke sana ke sini. Lagipun kawan-kawan juga mengenakan pakaian yang sama. Seluar jeans adalah menjadi kegemaran aku bersama baju t-shirt lengan panjang dan selipar jepun ke kelas. Kawalan di universiti tak seketat kawalan macam kat sekolah dulu, tak ade sesiapa pun nak tegur.

Kini....
ade masa aku menjadi agak liar, aku kadang-kadang hilang pertimbangan hidup bila aku dengan berani merelakan lelaki menyentuh tanganku. Bermula dengan tangan kemudian dia memelukku. Ku rasakan perkara itu biasa-biasa selagi dia tidak merosakkan aku dan selagi aku masih 'dara'.

Kini....
Aku banyak sangat masalah. Aku sendiri tak pasti kenapa jadi macam tu. Sudah tiga kali aku bercinta dan setiap kali bercinta ia pasti diakhiri dengan kegagalan. Aku sentiasa berusaha menjaga hati teman lelaki, tak pernah sekali aku bantah kata-kata mereka, jiwaku yang lembut ini sentiasa mahu diberi perhatian oleh lelaki, tapi apakan daya mereka tak pernah faham jiwa wanita aku. Jiwa aku yang inginkan lelaki untuk dijadikan teman hidup, inginkan seorang suami. Tapi lelaki yang aku kenal semua mahu merosakkan aku.

Kini.....
Aku berlari-lari mencari mana silapku, mana salahkan. Kenapa aku ditinggalkan. Kenapa orang yang aku sayang selalu pergi tinggalkan aku. Kenapa Allah tak temukan aku dengan lelaki yang tepat untuk aku jadikan teman hidup. Kenapa Dia selalu temukan aku dengan lelaki yang cuba mahu rosakkan aku. Kenapa hidup aku kadang-kadang tidak seteratur dulu. Kenapa macam-macam masalah merajai jiwaku. Kenapa aku seolah-olah tidak kenal diriku. Kenapa Ya Allah.... Jangan tinggalkan aku Ya Allah. Jangan tinggalkan aku Ya Allah..

Kini.... 
Aku seolah-olah tersedar dari lena yang panjang. Aku cuba bangkit dari lena ini tetapi bayangan semalam selalu menghantui fikiranku. Aku takut dan terasa diri ini dibelenggu kegelapan. Jangan tinggalkan aku Ya Allah. Jangan Kau pesong hatiku setelah Engkau memberi aku hidayah-Mu Ya Allah. Aku takut Ya Allah.. Bimbinglah aku kembali ke jalanMu Ya Allah, jalan orang-orang yang Engkau Redai.

Kini... 
Aku kembali menjadi seperti ketika zaman persekolahan dulu. Aku tidak mahu lagi mengulangi dosa-dosa semalam. Kalaulah masa boleh diputarkan kembali. Betullah perkara yang paling jauh dengan kita adalah masa yang telah berlalu. Aku menangisi perbuatan terkutukku. Aku malu padaMu Ya Allah.

Kini....
Berilah aku kekuatan Ya Allah, kekuatan untuk tetap mengerjakan solat padaMu, kekuatan untuk tetap sujud padaMu menyatakan cintaku padaMu, bukakanlah pintu hati ini untuk sentiasa dekat denganMu Ya Allah. Jangan tinggalkan daku. Jangan Kau biarkan aku Ya Allah. Peliharalah aku. Peliharalah..... Aku lebih rela kehilangan cinta manusia dari aku kehilangan cintaMu Ya Allah... kerana cinta manusia itu pasti berganti, tapi Engkau hanya 1 Ya Allah... Tiada Tuhan selainMu...

"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui" (Ar-Rum:64)

Tuesday, April 5, 2011

~warganegara akhirat~

Firman Allah Taala, maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut (nama) Allah (dan sifat-sifatNya): gementarlah hati mereka (kerana takut melanggar laranganNya), dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan merekabertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. (Al-Anfal:2)




Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Assalamualaikum w.b.t... Ahlan wasahlan! Dah hampir 2 bulan sha tak update blog.. Pertama sebab agak sibuk dengan hal2 belajar dan yg ke-2 blog ni penah kene block sekejap sbb ape pun tak tau.. hehe...Alhamdulillah.. hari ni sha diberi peluang untuk menulis lagi... Semoga ia sedikit sebanyak bermanfaat kepada kita semua. Sama-samalah kita bermuhasabah diri...


Nikmat Iman dan Islam~

Nikmat Iman dan Islam telah banyak kita dengar dan sudah tentu kita sedia maklum, jadi ana tidak tekankan pada pengertian tetapi ingin sha nyatakan bahawa Iman dan Islam ini adalah penyelamat pada kita untuk masuk syurga. 

Alhamdulillah, kita seharusnya bersyukur kerana kita dipilih oleh Allah S.W.T untuk mendapat 2 benda ini "iman dan Islam". Ini adalah nikmat yang paling besar yang telah kita dapat semenjak kita dlm alam rahim lagi, dimana kita terpilih untuk berada dalam rahim seorang wanita muslim.


Jadi jagalah Iman anda. Iman itu kita tak nampak. Ia boleh berkurang dan bertambah dan mungkin berkurang semula.


Sabda Nabi S.A.W "Sesiapa yang dikehendaki Allah untuk menjadi seseorang yang baik, nescaya akan diberi kefahaman dalam hal agama".


Pelajarilah ilmu... Carilah ilmu tauhid, feqah dan tasawuf.....


Jika anda seorang DOKTOR, jadilah doktor yang BERIMAN
Jika anda seorang PEGUAM, jadilah peguam yang BERIMAN
Jika anda seorang JURUTERA, jadilah jurutera yang BERIMAN
Jika anda seorang GURU, jadilah guru yang BERIMAN
Jika anda seorang AKAUNTAN, jadilah akauntan yang BERIMAN
Jika anda seorang PEGAWAI, jadilah pegawai yang BERIMAN


Berdoalah semoga Allah memimpin kita dan memberi kita kekuatan (taufiq). Yang penting kita perlu sedar yang kita adalah hamba. Berdoalah agar Allah beri kekuatan untuk kita sentiasa mengerjakan ibadah dan berserah diri padaNya!


Wallahualam.....

Saturday, January 22, 2011

tie vs scarf

Assalamualaikum w.b.t.. ahlan wasahlan  =)


Alhamdulillah, sekali lagi sha diberi kesempatan untuk menulis di blog ini setelah hampir 2 minggu sibuk dengan tugasan sebagai pelajar. Ape ye nk diluahkan dalam topik hari ni? em...tie vs scarf
Macam pelik je kan tajuk ni.. Hehe... scarf adalah simbolik kepada wanita dan tie pula kepada lelaki..

Tie vs scarf bukanlah perlawanan, persengketaan ataupun permusuhan antara lelaki mahupun wanita tetapi ana nak tekankan pada CINTA..

Cinta tu satu perasaan indah dan unik dan 1 baru dalam kehidupan dimana kita akan merasa pelbagai perasaan suka, gembira, duka, air mata dan macam-macam lagi.

Apa yang dapat sha katakan berhati-hatilah memilih pasangan anda. Carilah yang membawa anda kepada-Nya, carilah redha-Nya dalam perhubungan kalian.

Hiasilah perhubungan kalian (lelaki dan perempuan) dengan perkahwinan. Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
Apabila seorang hamba Allah beristeri, maka dia telah melengkapi sebahagian daripada agamanya. Oleh itu, dia hendaklah bertakwa kepada Allah untuk menyempurnakan sebahagian lagi. (Riwayat al-Baihaqi). Wallahualam.








Friday, January 7, 2011

Cinta dan Anugerah

Bismillahirahmanirrahim....

Ahlan wasahlan.. Alhamdulillah, hari ini sha masih lagi diberi kesempatan untuk on9 dan update semua perkara yang memg nak sangat buat sebelum ni. Syukur sangat sebab dah masuk ke tahun baru dan melangkah ke 1 dimensi yang baru..

Hari ini sha nak cerita sedikit tentang tajuk "Cinta dan Anugerah". Hurmm... mesti ramai yang dah pernah dengar tajuk ni kan.. Cerita sinetron dari indonesia yang agak popular... Kenapa Cinta dan Anugerah?

Baiklah, sha tidak ingin mengaitkan tajuk ini dengan cerita, berbalik kepada asal cinta itu sebenarnya adalah anugerah, tapi ramai yang tidak sedar dan mungkin tidak pernah terlintas di fikiran bahawa cinta itu adalah anugerah paling istimewa dari Allah s.w.t kepada kita.

Sejauh manakan kita berfikir bahawa cinta itu adalah anugerah? Dengan cinta kita kenal siapa pencipta kita, dengan cinta kita kenal dunia, dengan cinta kita dapat membezakan mana sahabat, mana musuh, dengan cinta kita dapat menikmati kasih sayang, dengan cinta kita rasa selamat gembira, bahagia.......

Namun sesetengah dari kita mensia-siakan perasaan cinta itu, sesetengah lupa akan cinta itu. Lihatlah dimana-mana permusuhan, rusuhan, pergaduhan, perperangan ada dimana-mana.. Malah pembuangan bayi juga terlalu banyak dibincangkan dalam forum-forum. Dimana sifat kasih sayang kita sebagai manusia? Lupakah kita kepada pemberi nikmat cinta dan kasih sayang itu?
Sahabat sha.... bercintalah... cinta itu tidak salah, kita cintailah seseorang itu sewaktu-waktu kerana mungkin suatu saat nanti kita akan membencinya dan bencilah seseorang itu sewantu-waktunya sahaja kerana mungkin suatu saat nanti kita akan mencintainya. Pergilah kemana-mana yang kita suka, buat lah apa sahaja yang kita mahu, tetapi kita harus ingat setiap perbuatan, pergerakan kita masih diawasi oleh yang maha Esa, Tuhan sekalian alam.

Bersyukurlah dengan nikmat cinta yang Allah anugerahkan kepada kita, kerana cinta itu, hati itu, perasaan itu semuanya milik Allah, kita hanya manusia yang lemah dan tidak berdaya dan tidak terlepas dari melakukan kesalahan. Namun hargailah cinta itu, cinta yang Allah hadirkan dalam diri kita itu adalah miliknya, adalah kepunyaannya, cintailah Dia.. Dialah yang memberi rasa aman kepada kita, yang memberi rasa senang dalam hati kita. bersyukurlah dengan anugerah cinta ini kerana bila-bila masa saja Dia boleh menarik balik nikmat cinta tanpa kita sedara... Waallahualam.....