Wednesday, October 10, 2012

luhurnya =)


Assalamualaikum...

Sha hari ni ingin berkongsi suatu kisah tentang seorang insan berhati mulia dari keturunan Rasulullah s.a.w.... Beliau adalah Saiyidina Hassan.. Mungkin ramai yang nak tahu kisah ni kan... sebuah kisah pendek yang memberi impak besar kepada kita... Selamat membaca =) 

                               **********************************************************************


Saiyidina Hassan Dan Pemuda Badwi
Saiyidina Hassan bin Ali r.a., adalah seorang tokoh Islam yang sangat dicintai oleh umat Islam. Sebagai seorang cucu Rasulullh saw. beliau adalah ibarat permata di zaman hidupnya kerana memiliki budi pekerti yang mulia dan terpuji.
Pada suatu hari sedang Saiyidina Hassan duduk di muka pintu rumahnya, tiba-tiba datang seorang pemuda badwi, lalu mencacinya dan juga kedua ibu bapanya. Anehnya, Saiyidina Hassan hanya mendengar sahaja tanpa sedikit pun berubah air mukanya, atau membalas kata-katanya itu.
Saiyidina Hassan berkata kepada orang itu: "Wahai badwi, adakah engkau lapar atau dahaga? atau adakah sesuatu yang merungsingkan hati engkau?." Tanpa mempedulikan kata-kata Saiyidina Hassan, badwi itu terus memaki hamunnya.Oleh itu Saiyidina Hassan pun menyuruh pembantu rumahnya membawa uncang yang berisi wang perak lantas diberikannya kepada badwi itu dan berkata: "Wahai badwi, maafkanlah saya. Inilah sahaja yang saya miliki. Jika ada yang lebih tidak akan saya sembunyikannya dari padamu."
Sikap dan layanan Saiyidina Hassan itu akhirnya berjaya melembutkan hati badwi tersebut. Badwi itu menangis teresak-esak lantas sujud di kaki Saiyidina Hassan dan berkata: "Wahai cucu baginda Rasulullah saw. maafkanlah aku kerana berlaku kasar terhadapmu. Sebenarnya aku sengaja melakukan begini untuk menguji kebaikan budi pekertimu sebagai cucu baginda Rasulullh saw. yang aku kasihi. Sekarang yakinlah aku bahawa engkau mempunyai budi pekerti yang mulia sekali."

Tuesday, July 3, 2012

dan... hati pun berbicara~

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dirahmati Allah... Hari ni rabu, sha ada 3 hari je lagi kat rumah.. dan lepas ni sha ade kursus di uitm dungun, terengganu, kursus kepimpinan.. ehehe...

Sha nak minta maaf sangat, memg dah lama tak update blog... Apa ye kisah yg sha nk kongsikan pada kalian kali ni.. Sha percaya, org tak suke baca kisah daripada entri2 yang panjang meleret2 kan.. =)

Tajuk yg sha nk tulis adalah berkaitan dengan jodoh.. hehe.. Maaf la, sha belum bernikah lagi tak ade pengalaman diijab kabul tu.. bila tu tak dapatlah ditentukan... Allah lebih mengetahui siapa dan bila sha akan bertemu jodoh.. Baiklah... Bila cakap tentang nikah ni.. laju je kan menaip.. lumrah kehidupan..

Sha percaya, cepat atau lambat..jauh atau dekat.. Jodoh itu akan sampai pada kita tepat pada masanya.. 

Apa yang penting, kita kena redha dengan sesiapa saja yang Allah anugerahkan kepada kita. Jangan sesekali kita bersangka buruk dengan Allah kerana Dia lebih tahu apa yang layak untuk kita.. Dia tidak bagi apa yang kita inginkan tetapi Dia bagi apa yang kita perlukan.

Jom kita ikuti kisah sahabat nabi bernama Julaibib yang mencari pasangan hidupnya.. Semoga terhibur.. =)




semoga beroleh keberkatan =)
Pada zaman Rasulullah SAW terdapat seorang pemuda Ansar yang kurang menarik raut wajahnya dan tubuhnya agak pendek sedikit. Pemuda yang bernama Julaibib ini, sedang berusaha untuk mencari seorang perempuan yang sesuai untuk dijadikan isterinya tetapi malangnya tidak ada seorang pun yang sudi untuk bermenantu atau bersuamikan Julaibib.      
Maka pergilah Julaibib bertemu Rasulullah SAW untuk mengadukan masalahnya itu. Apabila diketahui oleh Rasulullah SAW akan masalah Julaibib, lantas baginda sendiri berusaha mencarikan jodoh buat Julaibib. Maka bertemulah Rasulullah SAW dengan salah seorang sahabatnya dan menyatakan hajatnya,” Wahai fulan, engkau kahwinkanlah aku dengan anak gadismu.” ” Baiklah, aku terima dengan senang hati,” jawab sahabat tersebut. ” Tetapi pinangan ini bukan untuk aku,” kata Rasulullah selanjutnya. “Untuk siapa?”. Pada mulanya dia sangka Rasulullah SAW ingin meminang anaknya untuk dirinya sendiri. ” Untuk Julaibib,” jawab Rasulullah SAW. ” Wahai Rasulullah, kalau begitu berilah aku tempoh agar dapat aku bermusyawarah bersama ibunya dahulu.”


Dia pun segera pulang ke rumahnya. Di dalam hatinya timbul pertanyaan bagaimanakah nanti kalau isterinya menolak hajat Rasulullah. Jika menolak pinangan Rasulullah tentulah tidak baik bagi orang Mukmin. Tetapi kalau dia menerima pun tentu dia teruji dengan bermenantukan Julaibib yang dianggap orang sebagai lelaki yang tidak laku. ” Rasulullah SAW meminang anak gadis engkau,” katanya kepada isterinya sebaik saja dia sampai ke rumah. “Aku terima dengan hati yang terbuka,” sahut isterinya. ” Tetapi bukan untuk beliau…” ” Jadi untuk siapa?” “Untuk pemuda yang bernama Julaibib.” ” Untuk Julaibib. Aku tidak akan mengahwinkan anakku dengan dia, demi Allah,” jawab isterinya dengan tegas sekali. Mendengar itu, dengan segera dia kembali menemui Rasulullah SAW dan menyampaikan penolakan isterinya. Tiba-tiba terjadi sesuatu yang tidak terduga sama sekali.


Rupa-rupanya anak gadisnya sendiri telah mendengar perundingan kedua orang tuanya. Dia kesal kerana kedua ibu bapanya menolak pinangan Julaibib yang bererti menolak pinangan Rasulullah SAW. “Apakah ibu dan ayah akan menolak keputusan Rasulullah SAW?” Anak gadis itu bertanya kepada kedua ibu bapanya. ” Beritahukan kepada Rasulullah SAW aku menerimanya kerana baginda tidak akan membiarkan aku tersia-sia.”


Demikian yakinnya gadis itu kepada keputusan Rasulullah SAW.  Mendengar ketegasan anaknya, sahabat itu pun segera kembali bertemu Rasulullah. ” Permintaan tuan diterima,” katanya kepada Rasulullah. Maka Rasulullah pun segera mengahwinkan Julaibib dengan anak perempuannya itu. ” Ya Allah, limpahkanlah keberkatan ke atas anak gadis ini dengan sepenuhnya dan janganlah Engkau biarkan hidupnya dalam keadaan susah payah,” Doa Rasulullah SAW untuk pasangan pengantin baru itu.







Jodoh itu akan datang pada kita tepat pada masanya dalam keadaan kita sudah bersedia dan redha dgn ketentuanNya
Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin. Wallahu ‘alam....

Memadailah rezeki yang sedikit yang Allah kurniakan tetapi berkat. Memadailah dengan suami yang dijodohkan tiada rupa asalkan suami tersebut dapat memberi kebahagiaan di dunia dan lebih-lebih lagi Akhirat.