Friday, April 29, 2011

Hantaran Kasih Tuhan

Assalamualaikum.....
ahlan wasahlan.. apa kabar sahabat2 sha sekalian? kalian sudah makan? bagaimana perjalanan hari ini, ok tak? =)

hari ini sha ingin berkongsi cerita.. lama sudah tak cerita tentang kehidupan sendiri kan. Semalam sha ke pesta buku di PWTC. Memamg ramai sangat orang kat sane, macam-macam ragam ada. Jadi sha pun sempatlah membeli beberapa buah buku dan novel. Salah satu dari novel yang menyentuh jiwa sha tika ini ialah novel yg bertajuk "Hantara Kasih Tuhan" oleh Noorfadzillah Omar.

Novel itu bukan sahaja berkisar tentang cinta dan kasih sayang sesama insan, tetapi juga penulisnya mengajak sekali pembaca untuk beribadah melalui mesej-mesej yg disampaikan yang sarat dengan islamiknya. Membawa pesan moral, kecintaan, inspirasi, makna hidup beragama dan hikmah bermaafan dlm landasan kehidupan.

Shaa ingin sekali menjadi seperti watak utama dalam kisah ini, Nur Wardah yang cekal hatinya, baik budinya, anak dan isteri yang solehah. Walaupun jodohnya atas pilihan keluarga, Wardah redha keran dia tahu jodoh dari Allah itulah yang terbaik untuknya.

Barakallahu lakum wa Baraka Alaiykum', mudah-mudahan Allah memberi kalian keberkatan dan melimpahkan atas kalian keberkatan'. 

Itulah ayat pertama yang diluahkan Wardah pada suami, pertama kali  penyatuan mereka, sehingga membuatkan suaminya tidak keruan. Namun apa yang disangka tidak semanis yang diduga.

Lantaran kerana kecacatan yg dia miliki, dia dihina oleh suami sendiri yang baru sahaja menikahinya.  Namun demi taatkan suami, dia rela diperlaku seperti itu sehinggalah ajal menjemputnya ketika sarat mengandung anak mereka, anak yg disayangi demi pengikat kasih mereka suami isteri. Sepanjang hayatnya yang singkat, tidak pernah sekali pun dia memburuk-burukkan suaminya, malah dia mengangkat darjat tertinggi tentang suaminya ketika orang lain sibuk bertanya.




'Sabar ya sayang. Orang sabar disayangi Allah. Apabila hilang sabar didekati syaitan.' itulah antara ayat yg sering Nur Wardah sebut-sebut demi untuk tenangkan hatinya berhadapan dgn suami yg jelas-jelas mempunyai wanita lain..Sungguh cekal hati Wardah hingga dia mampu membuat orang lain berubah dgn izin Allah....


Mungkin novel ini jika dibandingkan dengan novel lain di pasaran, hampir sama jalan ceritanya tentang kisah kehidupan, tapi kualiti yg dia ada membuatkan kita rasa begitu terharu untuk membaca. Mungkin ramai juga yang tak sedar banyak novel-novel yang islamik di pasaran yang menarik untuk dibaca, kisah yang memberi tauladan tidak hanya berkisar tentang cinta dan kehidupan semata-mata dan yang paling menarik, penulisnya menyelitkan potongan dari ayat-ayat suci Al-Quran dan hadis yang berkaitan.

InsyaAllah, kisah hidup Wardah membuatkan hati ini rasa betapakah diri ini sangat kerdil dan hina. Terasa diri ini sangat kecil jika dibandingkan dgn nikmat Khalid. 'Ya Allah, beri daku kekuatan untuk menjadi wanita yang mampu membawa orang lain untuk dekat denganMu, yang mampu mengubah musibah menjadi anugerah'. InsyaAllah......

Wednesday, April 20, 2011

Jangan tinggalkan daku

Bismillah.....

Assalamualaikum sahabat2 yg dikasihi Allah sekalian... Sha doakan kalian semua berada dalam keadaan sihat walafiat. Ape perancangan sepanjang hari ini? Moga apa yg kita buat itu, kita fikirlah dulu kesannya k =)

Hari ni sha nak tulis tentang "Jangan tinggalkan daku". Bunyinya macam tajuk lagu kan. Tapi itulah, kita sering dendangkan muzik-muzik sebegini untuk menunjukkan cinta dan sayang kita pada pasangan kita. Tapi sejauh mana kita tunjukkan kasih sayang itu pada pencipta kasih sayang ?? Fikir-fikirkanlah....

Marilah sama-sama kita hayati sedikit nukilan dari sha. Kisah ini tiada kene mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Semoga kita semua mengambil iktibar dan pengajaran serta mendapat manfaat dari kisah ini. Wallahualam~

Jangan tinggalkan daku.....

Dulu....
Masa ku sekolah dulu, aku seorang yg sangat pemalu, dek kerana rasa malu itu, aku tidak sanggup memandang wajah lelaki, bagiku, apa ada pada lelaki.

Dulu...
Aku bertudung labuh ke sekolah, tidak lupa memakai stoking kaki dan 'aurah' iaitu stoking tangan, mengambil subjek bahasa Arab, walaupun itu bukan subjek kegemaranku, tapi bila dah selalu menulis dalam arab, tulisan arabku dan jawiku menjadi cantik.

Dulu....
Aku lebih banyak terdiam dari berkata-kata. Bagiku, lebih baik tak banyak cakap dari berdosa kerana mengumpat orang. Aku suka menyendiri, kalau tak de ape nak buat setiap kali masuk azan, aku pasti ke pusat islam menunaikan solat berjemaah, tenang sungguh.

Dulu....
Aku tidak suka melihat orang yang berpakaian singkat dan ketat kerana aku sendiri menjaga pakaianku. Aku bahkan selalu menasihati dan menegur rakan-rakan mana yang tidak menutup aurat dengan betul dan mana yang memakai tudung yang jarang dan singkat. Aku tidak mahu menanggung dosa orang lain lagi sedangkan dosa aku sendiri tidak tertanggung.

Dulu....
Aku selalu bergaul dengan orang-orang yang baik. Rakan-rakan sekelasku juga baik-baik belaka. Ada antara mereka juga sama sepertiku, bertudung labuh. Kadang-kadang kami berkongsi masalah dan kadang-kadang kami bersama dalam kumpulan usrah setiap maghrib di pusat islam.

Dulu....
Setiap malam sebelum tidur, aku akan pastikan diri ini berwuduk dan membaca surah Yassin. Aku akan jadi lebih tenang dan lenaku juga akan terasa lebih beerti andai aku ditakdirkan pergi mengadapNya. Akan kurenjis sedikit air bacaan Yasinku disetiap penjuru bilik, ustazah berpesan agar air bacaan Yassin dengan bantuan Allah akan mengelakkan kita dari gangguan jin dan syaitan. Kadang-kadang aku bangun di awal pagi mengerjakan solat tahajjud ketika orang lain tidur, rasa takut tu ilang diganti dengan lena bersujud pada-Nya.

Dulu.....
Usai solat, aku tidak lupa untuk membaca Quran, walaupun hanya sempat satu muka pun, aku tetap akan baca. Jiwa rasa lebih tenteram dan dada pun terasa lapang. Aku terasa begitu dekat dengan Tuhan dan ketika itu dapat ku mengerti manisnya iman.

Dulu....
Aku tidak akan lupa untuk sentiasa solat hajat, lagipun tahun tu aku SPM. Moga Allah perkenankan doa dan hajatku. Usai solat hajat, aku akan tetap berteleku di sejadah, kalau tak mengaji quran pun, aku akan berzikir memuji Tuhan. Aku juga tidak lupa bersujud syukur atas nikmat pemberian Allah setiap hari.

Dulu....
Setiap kali musim puasa, aku tidak akan terlepas untuk selalu berada di pusat Islam menunaikan solat tarawih dan mendengar ceramah dari ustaz. Jika sebelum ini ada aku jarang membuat yang sunat, masa puasalah aku banyakkan ibadah-ibadah sunat, aku khatamkan 30juzuk al-Quran demi menunjukkan cintaku padaNya.

dan.....
alhamdulillah, berkat doa dan usaha aku yang berterusan aku berjaya dengan cemerlang. Aku tidak lupa bersujud syukur pada Allah beberapa kali tanda gembiranya hati ini dan tanda terima kasih aku pada Yang Maha Penyayang. Dan apa yang telah aku nazarkan, aku tunaikan sikit demi sedikit sampai habis.


Kini.... 
Masa telah berganti, aku telah pun melanjutkan pelajaran di salah sebuah universiti tempatan.
Syukur aku panjatkan pada pemberi rahmat sekalian alam. Terima kasih ya Allah atas kurniaan ini, aku kini bergelar mahasiswa universiti.
Kini...
Sedikit demi sedikit aku sibuk dengan tugasan harian, kadang kala perkara-perkara sunat yang seperti aku selalu buat dulu, ada beberapa kali aku tinggalkan. Solat tahajjud susah aku nak buat kerana tidur selewat tiga atau empat pagi.

Kini....
ada kala solat yang wajid pun ada aku tinggalkan terutama solat subuh, bila badan sudah penat membuat tugasan dan membaca, akhirnya bunyi jam pagi-pagi buta pun aku tak sedar. Bila bangun, jam sudah pukul 8.00 pagi masa untuk bersiap-siap ke kelas.

Kini....
aku selalu bergaul dengan kawan-kawan baru yang macam-macam perangai. Aku sudah berani berkawan dengan lelaki, tidak seperti aku yang dulu. Ada masa, aku satu kumpulan dengan pelajar lelaki. Apa yang boleh aku buat, tugasan kadang-kadang dibuat di restoran yang ada wireless untuk kemudahan perbincangan.

Kini....
Sesekali kalau ada masa terluang, aku selalu melayari internet, berbual dengan rakan-rakan dan menghabiskan masa depan komputer. Jarang sangat aku membuka kembali Al-Quran yang dah lama aku simpan di atas almari di bilikku.

Kini....
Jangan kata Pusat Islam, nak dengar ceramah tiap-tiap hari rabu di surau asrama pun susah. Alasannya, esok ada ujian dan aku perlu mengadap buku, buku dan buku. Aku tidak mahu ketinggalan dalam pelajaran, bukankah itu cita-citaku mahu menjadi orang yang berjaya...

Kini...
Pakaian yang aku pakai adalah sesimple mungkin, bukan apa ini senang untuk aku bergerak ke sana ke sini. Lagipun kawan-kawan juga mengenakan pakaian yang sama. Seluar jeans adalah menjadi kegemaran aku bersama baju t-shirt lengan panjang dan selipar jepun ke kelas. Kawalan di universiti tak seketat kawalan macam kat sekolah dulu, tak ade sesiapa pun nak tegur.

Kini....
ade masa aku menjadi agak liar, aku kadang-kadang hilang pertimbangan hidup bila aku dengan berani merelakan lelaki menyentuh tanganku. Bermula dengan tangan kemudian dia memelukku. Ku rasakan perkara itu biasa-biasa selagi dia tidak merosakkan aku dan selagi aku masih 'dara'.

Kini....
Aku banyak sangat masalah. Aku sendiri tak pasti kenapa jadi macam tu. Sudah tiga kali aku bercinta dan setiap kali bercinta ia pasti diakhiri dengan kegagalan. Aku sentiasa berusaha menjaga hati teman lelaki, tak pernah sekali aku bantah kata-kata mereka, jiwaku yang lembut ini sentiasa mahu diberi perhatian oleh lelaki, tapi apakan daya mereka tak pernah faham jiwa wanita aku. Jiwa aku yang inginkan lelaki untuk dijadikan teman hidup, inginkan seorang suami. Tapi lelaki yang aku kenal semua mahu merosakkan aku.

Kini.....
Aku berlari-lari mencari mana silapku, mana salahkan. Kenapa aku ditinggalkan. Kenapa orang yang aku sayang selalu pergi tinggalkan aku. Kenapa Allah tak temukan aku dengan lelaki yang tepat untuk aku jadikan teman hidup. Kenapa Dia selalu temukan aku dengan lelaki yang cuba mahu rosakkan aku. Kenapa hidup aku kadang-kadang tidak seteratur dulu. Kenapa macam-macam masalah merajai jiwaku. Kenapa aku seolah-olah tidak kenal diriku. Kenapa Ya Allah.... Jangan tinggalkan aku Ya Allah. Jangan tinggalkan aku Ya Allah..

Kini.... 
Aku seolah-olah tersedar dari lena yang panjang. Aku cuba bangkit dari lena ini tetapi bayangan semalam selalu menghantui fikiranku. Aku takut dan terasa diri ini dibelenggu kegelapan. Jangan tinggalkan aku Ya Allah. Jangan Kau pesong hatiku setelah Engkau memberi aku hidayah-Mu Ya Allah. Aku takut Ya Allah.. Bimbinglah aku kembali ke jalanMu Ya Allah, jalan orang-orang yang Engkau Redai.

Kini... 
Aku kembali menjadi seperti ketika zaman persekolahan dulu. Aku tidak mahu lagi mengulangi dosa-dosa semalam. Kalaulah masa boleh diputarkan kembali. Betullah perkara yang paling jauh dengan kita adalah masa yang telah berlalu. Aku menangisi perbuatan terkutukku. Aku malu padaMu Ya Allah.

Kini....
Berilah aku kekuatan Ya Allah, kekuatan untuk tetap mengerjakan solat padaMu, kekuatan untuk tetap sujud padaMu menyatakan cintaku padaMu, bukakanlah pintu hati ini untuk sentiasa dekat denganMu Ya Allah. Jangan tinggalkan daku. Jangan Kau biarkan aku Ya Allah. Peliharalah aku. Peliharalah..... Aku lebih rela kehilangan cinta manusia dari aku kehilangan cintaMu Ya Allah... kerana cinta manusia itu pasti berganti, tapi Engkau hanya 1 Ya Allah... Tiada Tuhan selainMu...

"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui" (Ar-Rum:64)

Tuesday, April 5, 2011

~warganegara akhirat~

Firman Allah Taala, maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut (nama) Allah (dan sifat-sifatNya): gementarlah hati mereka (kerana takut melanggar laranganNya), dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan merekabertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. (Al-Anfal:2)




Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Assalamualaikum w.b.t... Ahlan wasahlan! Dah hampir 2 bulan sha tak update blog.. Pertama sebab agak sibuk dengan hal2 belajar dan yg ke-2 blog ni penah kene block sekejap sbb ape pun tak tau.. hehe...Alhamdulillah.. hari ni sha diberi peluang untuk menulis lagi... Semoga ia sedikit sebanyak bermanfaat kepada kita semua. Sama-samalah kita bermuhasabah diri...


Nikmat Iman dan Islam~

Nikmat Iman dan Islam telah banyak kita dengar dan sudah tentu kita sedia maklum, jadi ana tidak tekankan pada pengertian tetapi ingin sha nyatakan bahawa Iman dan Islam ini adalah penyelamat pada kita untuk masuk syurga. 

Alhamdulillah, kita seharusnya bersyukur kerana kita dipilih oleh Allah S.W.T untuk mendapat 2 benda ini "iman dan Islam". Ini adalah nikmat yang paling besar yang telah kita dapat semenjak kita dlm alam rahim lagi, dimana kita terpilih untuk berada dalam rahim seorang wanita muslim.


Jadi jagalah Iman anda. Iman itu kita tak nampak. Ia boleh berkurang dan bertambah dan mungkin berkurang semula.


Sabda Nabi S.A.W "Sesiapa yang dikehendaki Allah untuk menjadi seseorang yang baik, nescaya akan diberi kefahaman dalam hal agama".


Pelajarilah ilmu... Carilah ilmu tauhid, feqah dan tasawuf.....


Jika anda seorang DOKTOR, jadilah doktor yang BERIMAN
Jika anda seorang PEGUAM, jadilah peguam yang BERIMAN
Jika anda seorang JURUTERA, jadilah jurutera yang BERIMAN
Jika anda seorang GURU, jadilah guru yang BERIMAN
Jika anda seorang AKAUNTAN, jadilah akauntan yang BERIMAN
Jika anda seorang PEGAWAI, jadilah pegawai yang BERIMAN


Berdoalah semoga Allah memimpin kita dan memberi kita kekuatan (taufiq). Yang penting kita perlu sedar yang kita adalah hamba. Berdoalah agar Allah beri kekuatan untuk kita sentiasa mengerjakan ibadah dan berserah diri padaNya!


Wallahualam.....