Saturday, May 21, 2011

berpijak di bumi nyata

assalamualaikum sahabat sha.. apa khabar? Sha harap kalian semua baik-baik saja..
Baiklah, ari ni sha terasa nak post 1 puisi yang sha letak tajuk 'berpijak di bumi nyata'.... puisi ni dikarang sendiri oleh seorang insan yang sha panggil kakak, yang suke berkarya dan dia seorang yang amat ceria namun hatinya halus. Karya dia membuatkan sha tertarik untuk post di sini setelah minta izin awal2.. hihi.... Sungguh terharu membaca puisi ini jadi sha nak kongsikan dengan sahabat semua..

Diwaktu seketika dulu
Duduklah diriku diatas bukit seorang diri
Memerhati sekeliling keindahan ciptaan Tuhan
Sungguh mendamaikan hati nikmat dari PemberianNya

Ku tercari-cari sesuatu yg membelengu diriku
Seolah-olah aku adalah musafir ditanah nan kering lagi gersang
Yang tak punya apa-apa cuma akal fikiran
Terfikir akan diriku apakah tujuan untukku hidup

Siapakah aku dibumi Tuhan ini
Yang kutahu aku adalah khalifah bumi
Dilantik oleh tuhan untuk mentadbir bumi
Apakah tertunai tanggungjawab ku
Persoalan ini ku tiada jawapan

Benak sering membelengui diriku
Apakah dunia seakan berakhir
Balasan didunia dah banyak terjadi
Berbagai derita datang menimpa
Petanda-petanda kecil di depan mata
Tapi tidak juga menginsafi diri manusia




Sha harap puisi ini bukan sekadar dibaca tetapi dihayati maksudnya yang amat mendalam.. Sebagai manusia dan sebagai hamba Allah, apa yang penting dalam hidup ini adalah menjadi seorang khalifah yang amanah dan berpijaklah di bumi yang nyata.. =)

Wednesday, May 4, 2011

Susah dimiliki... Payah dijaga...




Assalamualaikum... Selamat petang, selamat bertemu (bertemu ke).. hihi.. Alhamdulillah, hari ini sha masih diberi kesempatan oleh Allah untuk terus menulis dalam blog ini.. Rasa malas pun ada nak update blog kan. Tapi menyampaikan risalah Allah itu perlu diteruskan, moga ada yang mendapat manfaat daripadanya.

Tajuk hari ini, susah dimiliki, payah dijaga.. Tadi di laman fb, sha ada tanyakan teka teki tentang ini, macam-macam jawapan yang ana dapat. nak tergelak pun ada. Sajalah untuk menguji sahabat-sabahat di fb. Dari jawapan duniawi sampailah jawapan iman dan akhlak.




"susah dimiliki payah dijaga"



Tajuk ini sama seperti lagu hijjaz, lagu yang bertajuk sifat mahmudah.. ya sifat mahmuddah... itulah sesuatu yang susah dimiliki, payah dijaga... memg ana ambil ilham dari lagu ni pun.. hihi... Sifat manusia terbahagi kepada dua iaitu sifat mahmudah dan mazmumah. Sebut je mazmumah, macam sedap je sebut kan tapi jangan pulak ade orang letak name anak dia Mazmumah, kesian budak tu.. hihi

Apa sifat mahmudah itu? 


Sifat mahmudah atau sifat-sifat murni atau sifat terpuji yang perlu ada dalam diri setiap insan. Sifat ini lah yang memandu kita melakukan perkara yg baik atau yang batil. Sifat mahmudah susah untuk kita miliki. 
Mungkin masih ramai yang tidak pasti lagi kan apa tu sifat mahmudah, jom kita check dalam check list kat bawah. Sifat mahmudah ini banyak, tapi ana ambil 10 jelah k. Mungkin sifat-sifat ini ada atau mungkin juga tak ada dalam diri kita, jadi sama-samalah kita ambil pelajaran k =)


Imam Al-Ghazali r.a. telah menggariskan sepuluh sifat Mahmudah / terpuji di dalam kitab Arbain Fi Usuluddin iaitu: 

Taubat - taubat ni adalah keazaman untuk meninggalkan segala kesalahan dan dosa2 yg telah dilakukan
Takut kepada Allah (taqwa)- Seseorang muslim itu apabila dia mengenali Zat Allah melalui  sifat2Nya, maka jiwanya akan mewarisi perasaan takut terhadap Allah SWT
Mahabbah (kasih sayang)- Kasih akan Allah SWT itu dipuji oleh syarak dan dimuliakan oleh Rasullullah saw
Zuhud - mengambil dunia sekadar yang perlu
Sabar- apa sahaja ujian yang menimpa walaupun berat, tetap sabar dan redha
Syukur - mensyukuri setiap nikmat kasih sayang Allah 
Ikhlas dan benar- ikhlas terhadap apa yg dikerjakan
Tawakkal - sentiasa berserah diri kepada Allah SWT setelah berazam, seterusnya diikuti dgn usaha
Redha dgn Qadak dan Qadar- terima ketentuan Allah dengan hati yang terbuka
Mengingati Mati - Hadis Nabi saw bermaksud ” Sepintar-pintar manusia ialah orang yang sentiasa mengingati mati dan sentiasa bersiap sedia menghadapinya, mereka itulah orang yang bijaksana”.
Dan Imam Al-Ghazali juga telah menggariskan sepuluh sifat Mazmumah / tercela / sifat keji di dalam kitab tersebut iaitu :
  1. banyak makan
  2. banyak bercakap
  3. marah
  4. hasad
  5. bakhil
  6. cintakan kemegahan
  7. cintakan dunia
  8. bangga diri
  9. ujub
  10. riya'




Jadi renungkan dalam-dalam, muhasabah balik diri kita banyak mana sifat mahmudah yang ada dalam diri kita dan banyak mana pula sifat mazmudah. Kadang-kadang tak kita tak sedar itulah yang kita buat, yang buruk itulah yang kita buat... kerana apa? 

 yang buruk itu manis kerana yang memaniskannya adalah syaitan... 

***************
sifat mahmudah oleh Hijjaz

Inilah Sebahagiaan sifat mahmudah
Yang patut ada pada diri kita
Susah dimiliki payah dijaga
Hanya yang punya
Yang bermujahadah

Ikhlas itu jiwa yang murni
Rahsia Allah di dalam hati
Terlalu sembunyi tapi dapat dikesan
Jika disuluh dengan saksama
Nista dan puji tiada berbeza

Redha sifat hati yang suci
Ujian yang tiba rasa gembira
Atau tiada apa terasa
Kerna menerima anugerah Tuhannya

Sifat Sabar sedikit berbeza
Ujian yang menimpa sakit dirasa
Tapi dapat ditahan perasaannya
Hanya bermain di dalam sahaja
Di luar tidak nampak terang nyata