Thursday, February 27, 2014

Iman Yang Kukuh Dalam Tubuh Yang Lumpuh

Assalamualaikum sahabat2 sha semua, kali ni sha nak share satu kisah tentang seorang sahabat pada zaman nabi yang sangat mencintai Allah dan rasul walaupun dia seorang yang lumpuh tubuh badannya.. Jom kita sama2 hayati dan ambil iktibar dari kisah murni ini...
Seorang lelaki penduduk Madinah bernama Muq’ad seorang yang lumpuh kakinya. Keadaannya menyebabkan beliau tidak dapat bergerak & hanya mengharap bantuan keluarganya. Bagaimanapun, Muq’ad tidak sunyi dari mengikuti & mendengar serta mengambil tahu perkembangan Islam & perjuangan kaum Muslimin yang dipimpin oleh Rasulullah saw. Walaupun beliau tidak dapat berbuat banyak perkara terhadap perjuangan Islam, namun hatinya mencintai Allah & Rasul dalam kemampuan yang ada padanya.
Imannya begitu kuat berkeinginan menyertai Nabi saw sebagai seorang Muslim, tetapi tenaganya tidak ada.

“Bawalah (dudukkan) aku di pinggir jalan yang dilalui Baginda saw bila Baginda saw ke masjid” demikian dia menyuruh keluarganya membantu.
Permintaannya dilaksanakan & didudukkan ia di pinggir jalan laluan Nabi saw. Tidak dapat dibayangkan betapa rindunya beliau hendak melihat wajah Rasulullah saw & ingin mendengarkan suara Baginda saw. Walau berapa lama sehingga Nabi saw lalu di situ, beliau tetap menunggu kerana baginya menunggu itu sudah cukup untuk menyejukkan perasaannya.

Keadaan perihal Muq’ad ini diketahui & dirasanya oleh Baginda saw, maka apabila melalui jalan itu, Baginda saw akan mengucapkan salam kepadanya. Betapa besar rasa dihatinya apabila Nabi saw bersalaman & mendengar ucapan salam dari manusia agung itu kepadanya walaupun pertemuan itu hanya sepintas lalu. Begitulah setiap hari pergi & balik Nabi saw akan mengucapkan salam kepadanya. Setelah selesai pertemuan, Muq’ad akan dibawa pulang keluarganya.

“Demi Allah, aku tidak akan pulang lagi” kata Muq’ad.
“Tolong dirikan aku pondok, selama Rasulullah saw masih hidup, aku tidak akan pergi lagi dari sini” permitaan itu diminta kepada keluarganya.
Permintaan beliau ditunaikan & tinggallah beliau di sana dengan hati yang penuh kegembiraan. Demikianlah besarnya & murninya hati Muq’ad oleh kecintaan yang amat besar kepada Nabi saw.
Nabi saw mengetahui semua hal Muq’ad itu, dan setiap kali Baginda saw melintasi jalan itu, Baginda saw akan singgah kepadanya & mengucapkan salam & digembirakan hatinya. Malahan jika Nabi saw mempunyai makanan yang baik & lazat, akan dikirimkan kepadanya. Allah swt jua yang lebih mengetahui betapa gembiranya Muq’ad mendapat perhatian dari Nabi saw. Dalam keadaan yang lumpuh, hanya inilah ubat yang baik untuk jiwanya.

Demikianlah masa berlalu, dan sampailah masanya Muq’ad pergi pulang kembali kepadaNYA. Kematiannya diberitahui kepada Nabi saw & Baginda segera ke tempatnya dengan penuh keharuan. Beberapa orang sahabat bersama dengan Baginda saw bagi melepaskan hamba ini ke alam barzakh.
“Seorangpun tidak dibenarkan mendekati tempatnya selain dari aku” demikian Nabi saw berkata kepada sahabat-sahabat.
Nabi saw pun segera masuk ke dalam pondok Muq’ad & Baginda saw melihat Malaikat Jibril sudah ada dekatnya.
“Wahai Rasulullah saw, Sekiranya engkau tidak datang, maka kamilah yang akan menyelenggarakan mayatnya. Tetapi kerana engkau sudah datang, maka engkaulah yang lebih utama menguruskannya” demikian kata Jibril kepada Nabi saw.

Akhirnya, Nabi saw dibantu dengan para sahabat yang ada menguruskan jenazah Muq’ad. Sempurnalah jenazah Muq’ad menuju ke alam Baqa’ dengan iman yang unggul berada di dalam badan yang lumpuh.
Baginda saw telah memperlihatkan kasih sayang kepadanya dalam bentuk lain dari yang lain. Ini disebabkan Muq’ad adalah orang yang lumpuh badan secara luarannya, namun imannya tidak lumpuh. Jiwanya hidup dengan mencintai Allah & RasulNYA lebih dari segala-galanya. Berbahagialah orang yang lumpuh jasmani tetapi tidak lumpuh iman dibandingkan dengan jasmani yang sempurna tetapi lumpuh imannya.
MasyaAllah.... hebatnya dia seorang sahabat yang lumpuh tetapi jitu imannya... yg begitu cinta pada Allah dan rasulnya... =)

Friday, February 21, 2014

3 serangkai : Cinta, Takut & Berharap

Assalamualaikum sahabat sha yg dikasihi Allah. 

Kalian apa khabar? Sha doakan semuanya sihat. Lama sudah kiranya tak update blog, selalu update fb saja.. Baiklah, pada kali ini Sha nak kongsikan sesuatu yang bertajuk, "CINTA, TAKUT dan BERHARAP".Perkongsian Sha kali ini agak panjang sedikit, harap sahabat2 semua tidak bosan ye.. hihi..
Katakanlah (wahai Muhammad): “jika kamu benar-benar mencintai Allah maka ikutlah aku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Ali Imran:31)

Kalau kita bercakap berkenaan CINTA,
Cinta tidak terbatas hanya pada kasih sayang antara dua insan sahaja, antara suami isteri, anak-anak dan jiran tetangga tetapi cinta itu lebih luas dan dalam maknanya..Jika kita tengok, cinta yang paling agong, cinta yang paling mulia dalam kehidupan kita adalah cinta kita kepada Allah S.W.T .. Seperti ayat di atas, surah Ali Imran ayat 31. "Katakanlah (wahai Muhammad) Jika benar-benar mencintai Allah, maka ikutilah Rasulullah S.A.W..." begitu jugalah kita. Kalau kita cinta kepada Allah S.W.T, maka hendaklah kita melaksanakan segala perintanya dan meninggalkan segala larangannya. Seorang hamba yang mencintai Allah, dia rela melaksanakan seluruh perintah Allah dan menjauhi segala segala larangannya. Namun kecintaan kita kepada Allah S.W.T mestilah kita membuktikan dengan melaksanakan segala yang diseru atau diperintah oleh Allah : dirikanlah solat, bayarlah zakat,berpuasa di bulan Ramadhan, dll.

Dan jadikan Rasulullah S.A.W sebagai ikutan kita, bukannya orang2 kafir atau artis2 yang melaghakan. Kalau kita tengok dari hadis Riwayat Muslim, "seseorang itu akan bersama dengan orang yang dicintainya di akhirat kelak". Jika di dunia ini kita mencintai orang-orang Soleh, org2 alim ulama, orang2 yang berilmu dan jadikan mereka sebagai contoh tauladan dan jadikan teladan dalam kehidupan kita, sudah pasti di akhirat kelak kita akan bertemu dengan mereka dan dijadikan sebagai teman untuk bertemu dgn Allah S.W.T.

Itu sebabnya Saidina Ali Karamallahu Wajhah berkata,"orang yang berilmu tidak sama seperti orang yang berharta. Orang yang berilmu kalau dikembangkan ilmunya, dia akan mendapat manfaat dan syafaat daripada apa yang dilontarkan ilmu tersebut tetapi jika harta yang kita infakkan kepada jalan Allah S.W.T sekalipun ia pasti berkurangan, tetapi ilmu makin lama makin bertambah". Itu beza antara orang berilmu dengan orang yang berharta. Orang yang banyak ilmu, maka banyakkan teman hidupnya. Orang yang banyak harta, maka banyakkan musuhnya. Orang yang banyak ilmu tenanglah dirinya, orang yang banyak harta, tak tenang dirinya. 

Orang yang banyak harta, kaya raya hatinya tidak tenang sebab apa? takut kalau-kalau hartanya itu dikebas, tetapi ilmu tidak boleh dikebas melainkan diperolehi melalui kita mempelajari. Sebab itu orang yang berilmu akan dinaikkan darjatnya oleh Allah S.W.T, orang yang banyak harta akan dihitung oleh Allah S.W.T dengan harta yang dimilikinya. Oleh itu, kita renung sebentar bagaimana nikmat yang diberikan oleh Allah S.W.T di muka bumi Allah ini sama ada kita bersyukur atau tidak. Macam mana kita mensyukuri nikmat Allah, tidak cukup dengan kita melafaz "alhamdulillah" tanpa kita melaksanakan perintah Allah sepanjang kita hidup di atas muka bumi Allah ini. Itu merupakan yang pertama, iaitu CINTA. 

Bagaimana dengan TAKUT pula, 
dengan adanya rasa takut, seseorang hamba itu akan rajin mencari ilmu Allah S.W.T untuk menghindarkan diri ini dari kemurkaan Allah S.W.T dengan menjauhi diri mereka daripada melakukan maksiat di muka bumi Allah ini. Sha bawakan contoh, sirah yang berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W dan pada zaman sabahat contohnya Saidina Umar al-Khattab. Seorang yang bengis sebelum Islam, seorang yang panas baran sebelum Islam, kalau marah tu merah mukanya boleh buat orang rasa takut pada dia tetapi apabila beliau memeluk Islam, apabila beliau bermunajat dengan Allah S.W.T ketika beliau menjadi khalifah, beliau takut kalau2 pemerintahannya pada ketika itu tidak diterima oleh Allah S.W.T. 

Saidina Umar, betapa takutnya dengan Allah S.W.T dan begitu cinta dengan Allah S.W.T , penerapan nilai cinta yang pertama yang diterapkan Saidina Umar Al-Khattab dan diikuti dengan rasa takut dan pengharapan, maka Saidina Umar menangisi dirinya itu sehingga ada dua tanda aliran hitam dikiri dan kanan hidung Saidina Umar tanda takutnya dengan Allah, tanda cintanya dengan Allah tanda mengharapkan pemerintanya itu diterima oleh Allah S.W.T sebagai khalifah Islam, ada riwayat yang menyatakan begitu.  

Begitu juga seorang wali Allah S.W.T, Habib An Najjar, yang begitu cinta kepada Allah dan Rasulnya, apabila beliau sujud pada satu pertiga malam, apabila tidak sampai waktu fajar menyinsing tidak sampai waktu solat subuh lagi, beliau tidak akan bangun daripada sujudnya. Disamping beliau berdoa disamping rendah dirinya kepada Allah S.W.T, "Ya Allah, ampunillah dosa aku Ya Allah, hinanya diri aku ini ya Allah."  Itu seorang wali Allah, Habib An Najjar yang bermunajat dengan Allah S.W.T. Kita ini sebagai hamba, iman kita kadang2 naik, kadang2 turun..turun je.. 

Jika kita tengok tadi, Habib An Najjar, sujud. Selagi belum kedengaran azan, beliau tidak akan bangun dari sujudnya kerana takut, cinta dan berharap akan dirinya diterima oleh Allah S.W.T, itu baru merupakan cinta yang sejati, yang hakiki kekal abadi dan cinta yang abadi itu adalah cinta kepada Allah S.W.T, cinta sesama manusia tidak akan kekal, tak tahu siapa yang akan pergi dulu antaran kita dengan pasangan kita atau ahli keluarga kita. "Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati".

Ditanya oleh Saidatina Aisyah kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah, sesungguhnya kamu itu seorang yang maksum dan suci daripada melakukan dosa, mengapa kamu beribadah sedemikian rupa ya Rasulullah, sehingga bengkak kaki kamu ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah S.A.W, " apakah aku salah untuk menjadi seorang hamba yang bersyukur?" Itu Rasulullah S.A.W yang merupakan habibullah, kekasih Allah. Begitu juga Rasulullah S.A.W memperingatkan kepada Saidatina Aisyah dalam kehidupan kita sehari-hari, hendaklah kita memperingati mati iaitu sebanyak 20 kali. Kita tanya diri kita, dalam sehari berapa kali kita mengingati mati? asyik2 sakit hati adalah... jatuh hati adalah, ye dak?? tetapi bagaimana kita ini mengingati mati sehari-hari kita? Rasulullah S.AW. mengingatkan Aisyah 20 kali sehari tentang kematian sehari sekurang2nya, kita pula? 2 kali pun belum tentu lagi. 

Perbanyakkanlah berzikir. Kita basahi bibir kita dengan zikir-zikir kepada Allah S.W.T "wahai orang2 yang beriman, ingatlah kamu kepada Allah (Zikran Kasiran). Tanda cinta kita kepada Allah S.W.T. bukan hanya bacaan zikir2 pada setiap malam jumaat sahaja atau time baca Yassin saja, seminggu sekali baru baca Quran. Kalau kita baca quran tak sampai 10 ayat dalam satu hari, ada ulama yang menyatakan bahawa kita tergolong di kalangan orang2 yang lalai. Kalau baca Al-Fatihah, baca 3 qul tu mcm mana?? kan lebih dari 10 ayat... Kalau baca tu Alhamdulillah kalau nak baca.. Kalau tak baca mcm mana. Tu sebabnya hati ini kalau nak jadi tenang, ZIKRAN KASIRAN, perbanyakkanlah oleh kamu mengingati Allah S.W.T, tak kira waktu kita baring, tidak kira waktu kita duduk, berjalan mahupun berdiri, sentiasalah hati kita ini mengingati Allah S.W.T. Itu orang2 yang beriman kepada Allah S.W.T dengan memperbanyakkan zikir kepada Allah S.W.T, itu orang yang cinta kepada Allah dengan sebenar-benarnya. Kemana sahaja hatinya dengan Allah S.W.T. 

Oleh itu dengan sifat-sifat PENGHARAPAN, 
kita BERHARAP dengan Allah S.W.T seperti Saidina Umar tadi berharap agar dirinya diterima sewaktu dia menjadi pemerintah, khalifah Islam. Kita berharap semoga amal kita diterima oleh Allah S.W.T. Kita berharap agar dapat masuk syurga Allah S.W.T. Kita berharap kita dapat berjumpa dengan Allah S.W.T yang dikumpulkan mudah2an dikalangan orang2 yang beriman, yang jitu imannya, yang utuh imannya, yang kukuh keislamannya. Kita mengharapkan mudah2an kita ini dijauhi dari azab Allah S.W.T. Biar kita berdoa hati kita ini disinari cahaya Al-Quran, bukan disinari dengan lagu2 yang melagrakan. Dalam kehidupan kita sehari-hari, rajin2lah baca Quran, rajin2lah bangun satu pertiga malam. Nak bermujahadah bangun satu pertiga malam perlukan niat yang ikhlas kerana Allah S.W.T. Rasulullah S.A.W setiap malam bangun. Baginda memikirkan dirinya, memikirkan umatnya. Itu sebab cinta Rasulullah S.A.W kepada umatnya telah terbukti semasa baginda menarik nafas yang terakhirnya "ummati, ummati, ummati" - umatku3.. Kita apa yang kita sebut? Muhasabah diri kita.

Itu sebabnya perlu ketiga-tiga perasaan ini. Tanda CINTA, Tanda TAKUT dan Tanda kita BERHARAP kepada Allah S.W.T sebab apa? kerana takut dan berharap itu adalah umpama sayap seekor burung, kiri dan kanan sayap  burung itu adalah perasaan takut dan berharap. Jadi disebabkan tanda cinta itu adalah sebagai kepala yang memandu anggota untuk kita mengabdikan diri semata-mata kepada Allah S.W.T.. Dalam kehidupan kita sehari2 perbanyakkanlah menangisi diri kita, banyakkan menangis. Tangisan itu sebenarnya bukan datang daripada mata tetapi tangisan itu adalah datang daripada hati. Perbanyakkan berzikir, perbanyakkan berselawat kepada baginda Rasulullah S.A.W. Perlu kita terap nilai-nilai ini dalam diri kita untuk kita menjadi insan yang benar2 mencintai dan dikasihi Allah S.W.T. Seperti ayat dalam surah Ali Imran ayat 31 di atas tadi, Allah da kata dah, "Wahai Muhammad, jika kamu benar2 mencintai Aku, Aku akan mencintai kamu, mengampunkan kamu". Itu janji Allah S.W.T, sebab itu kita perlu sentiasa mengingati Allah S.W.T. Cinta yang sejati hanyalah kepada ALLAH S.W.T dan cinta kita kepada Rasulullah S.A.W.

SEKIAN =D

"Cintakan bunga, bungakan layu,
Cinta manusia, manusiakan mati,
Cintakan dunia, duniakan kau tinggalkan pergi,
Cintakan Illahi, cinta sejati"