Friday, April 29, 2011

Hantaran Kasih Tuhan

Assalamualaikum.....
ahlan wasahlan.. apa kabar sahabat2 sha sekalian? kalian sudah makan? bagaimana perjalanan hari ini, ok tak? =)

hari ini sha ingin berkongsi cerita.. lama sudah tak cerita tentang kehidupan sendiri kan. Semalam sha ke pesta buku di PWTC. Memamg ramai sangat orang kat sane, macam-macam ragam ada. Jadi sha pun sempatlah membeli beberapa buah buku dan novel. Salah satu dari novel yang menyentuh jiwa sha tika ini ialah novel yg bertajuk "Hantara Kasih Tuhan" oleh Noorfadzillah Omar.

Novel itu bukan sahaja berkisar tentang cinta dan kasih sayang sesama insan, tetapi juga penulisnya mengajak sekali pembaca untuk beribadah melalui mesej-mesej yg disampaikan yang sarat dengan islamiknya. Membawa pesan moral, kecintaan, inspirasi, makna hidup beragama dan hikmah bermaafan dlm landasan kehidupan.

Shaa ingin sekali menjadi seperti watak utama dalam kisah ini, Nur Wardah yang cekal hatinya, baik budinya, anak dan isteri yang solehah. Walaupun jodohnya atas pilihan keluarga, Wardah redha keran dia tahu jodoh dari Allah itulah yang terbaik untuknya.

Barakallahu lakum wa Baraka Alaiykum', mudah-mudahan Allah memberi kalian keberkatan dan melimpahkan atas kalian keberkatan'. 

Itulah ayat pertama yang diluahkan Wardah pada suami, pertama kali  penyatuan mereka, sehingga membuatkan suaminya tidak keruan. Namun apa yang disangka tidak semanis yang diduga.

Lantaran kerana kecacatan yg dia miliki, dia dihina oleh suami sendiri yang baru sahaja menikahinya.  Namun demi taatkan suami, dia rela diperlaku seperti itu sehinggalah ajal menjemputnya ketika sarat mengandung anak mereka, anak yg disayangi demi pengikat kasih mereka suami isteri. Sepanjang hayatnya yang singkat, tidak pernah sekali pun dia memburuk-burukkan suaminya, malah dia mengangkat darjat tertinggi tentang suaminya ketika orang lain sibuk bertanya.




'Sabar ya sayang. Orang sabar disayangi Allah. Apabila hilang sabar didekati syaitan.' itulah antara ayat yg sering Nur Wardah sebut-sebut demi untuk tenangkan hatinya berhadapan dgn suami yg jelas-jelas mempunyai wanita lain..Sungguh cekal hati Wardah hingga dia mampu membuat orang lain berubah dgn izin Allah....


Mungkin novel ini jika dibandingkan dengan novel lain di pasaran, hampir sama jalan ceritanya tentang kisah kehidupan, tapi kualiti yg dia ada membuatkan kita rasa begitu terharu untuk membaca. Mungkin ramai juga yang tak sedar banyak novel-novel yang islamik di pasaran yang menarik untuk dibaca, kisah yang memberi tauladan tidak hanya berkisar tentang cinta dan kehidupan semata-mata dan yang paling menarik, penulisnya menyelitkan potongan dari ayat-ayat suci Al-Quran dan hadis yang berkaitan.

InsyaAllah, kisah hidup Wardah membuatkan hati ini rasa betapakah diri ini sangat kerdil dan hina. Terasa diri ini sangat kecil jika dibandingkan dgn nikmat Khalid. 'Ya Allah, beri daku kekuatan untuk menjadi wanita yang mampu membawa orang lain untuk dekat denganMu, yang mampu mengubah musibah menjadi anugerah'. InsyaAllah......

2 comments:

Noorfadzillah said...

Assalamualaikum. Saya mulanya google je tentang HKT ni terserempaklah komen dari blog ni. Terima kasih sangat sudi membeli novel HKT ni ya. Semoga berpuas hati membacanya. Kalau ada yang kurang mohon maaf. Sudi-sudilah ya dapatkan karya saya yang lain berada di pasaran

sha_amieyra said...

t.kasih puan Noorfadzillah.. Pertama kali terbaca tajuk dan sedikit sinopsis buatkan sy terasa nak tau lbh lanjut kisah ini.. Banyak info yang sy dapat. T.kasih atas komen puan Noorfadzillah =)

(shaamieyra)