Thursday, December 5, 2013

Semurni Hatimu Sejernih Imanmu

Assalamualaikum sahabat2 sha semua.. sudah lama sha tak update blog setahun lamanya blog ni berhabuk dah..kesian dia.. hihi..
lepas habis belajar, sha bekerja jadi kekangan masa membuatkan sha jarang 'on9'.. dan kini sha sambung belajar lagi alhamdulillah...

kali ni sha nak berkongsi tentang sebuah kisah berkaitan dengan murninya hati seorang wanita sehingga diangkat mertabatnya dan dimuliakan keturunannya... jom kita baca kisah hebat ini.. moga bermanfaat untuk kita juga :D

Ceritanya bermula begini.....

Pada suatu malam, Khalifah Umar al-Khattab meronda di keliling Kota Madinah. Oleh kerana letih, beliau bersandar pada sudut dinding rumah penjual susu. Tiba-tiba, beliau terdengar perbualan dari dalam rumah antara ibu dan anak perempuannya.

"Berdiri dan campurkan susu itu dengan air,"
kedengaran ibu mendesak anak perempuannya bertindak segera.

Kedengaran pula dari luar rumah seperti bunyi botol-botol sedang dikemaskan, anak perempuannya segera menjawab,

"Wahai ibu, apakah ibu tidak tahu ketegasan Amirul Mukminin dalam menjalankan perintah?"
"Apakah gerangan perintahnya?" pantas ibu memotong percakapan anak perempuannya.

"Beliau memerintahkan supaya semua penjual susu tidak mencampurkan susu dengan air," begitu cemas bunyi penerangan anak supaya ibunya yakin perintah yang cuba dijelaskannya.

"Wahai anakku, orang ramai melanggar perintah itu, engkau pula berada di tempat yang tidak dapat dilihat Khalifah Umiar ataupun pembantunya. Oleh sebab itu, langgar saja perintah itu," wanita penjual susu cuba memujuk anak. Pada sangkaannya tidak ada siapa yang tahu hal mereka dua beranak.

Anak itu tetap enggan membantah perintah Khalifah, lalu ujarnya lembut, "Ibuku, sekiranya Khalifah Umar tidak mendapat tahu sekalipun, bagaimana dengan Tuhan Umar? Demi Allah, saya bukan tergolong daripada mereka yang mentaatinya di hadapan ramai, tetapi menderhakainya waktu sendirian."

Semua perbualan antara ibu dan anak itu didengar oleh Khalifah Umar dari sebalik dinding bersama pembantunya Aslam. Keesokan harinya, Khalifah Umar memanggil anak2 lelakinya dan kemudian berkata,
"Apakah ada dalam kalangan kamu yang mencari-cari wanita dikahwini?"

Apabila mengetahui anak lelakinya yang bernama Ashim mempunyai hajat demikian, Khalifah Umar menghantar utusan meminang anak perempuan penjual susu itu. Hasil daripada perkahwinan Ashim dengan anak penjual susu itu, Allah mengurniakan mereka anak perempuan yang solehah, bernama Laila Umi Hashim yang kemudiannya dikahwini oleh Abdul Aziz bin Marwan yang kemudian melahirkan anak bernama Umar bin Abdul Aziz yang terkenal dengan ketaqwaannya...

Allah....Allah..Allah.... kesedaran iman menjadikan hati seseorang hebat.

**Dalam kisah ini, Allah memberi ganjaran hebat pada anak penjual susu lantaran pemilihan jodoh yang berlandaskan iman. dan diangkat mertabatnya melalui perkahwinan yang mulia dan beroleh keturunan yang baik. Sweet kan kisah ni.. jagalah hati kita ikhlaskanlah dalam melakukan pekerjaan ;)
Salam Sayang <3 br="">