Tuesday, September 15, 2009

slamat ari rayer

salam alaykum... kheifa haluk??
rayer da dekat ni... di kesempatan ni... sha nk ucap.. slamat hari rayer.... maaf zahir dan batin lah...
tgk je kat bandar nk2 lak time ujung minggu.. memg ramai sangat orang... sume shopping rayer...
rayer sakan r thn ni...
sha pown beli gak bju rayer... 3 pasang je... nk beli bnyak2 duit x de la.. x keje lagi.. hihi... tudung rayer pown da mahal... lum yg lain2 lagi.. almaklum la... barang da bertambah mahal kn....
ni ngah penat ni... hihi.. baru je siap buat biskut rayer... biskut cornflakes chip dan crunchy crunch cocao... hehe.. tapi esok akan ditambah lagi.. nk letak name ape lak ek...  macam2 lah... umi pun tak kisah la sha nak letak nama ape pun.. janji sedap....

ok lah... ape2 pun... sha nak pesan, jgn la kte belanje terlalu besar.. membazir 2 kan amalan syaitan.. beli lah ikut sekadar ape yang termampu, asalkan kte ceria di hari rayer nanti... :)

salam aidilfitri...

Saturday, September 12, 2009

karenah manusia

Salam alaykum ya akhi ukhti........

Ari ni sha bersemangat nak cakap tentang karenah manusia.
Kalau kte perhatikan skrang, memang macam2 lah karenah orang zaman sekarang.. dari kecik, beso, tua, muda, sume krenah lain2... macam2 hal... dari segi makan lah.. pakaian laa, tempat tinggal, cita2, hobi, sukan, muzik dan macam2 lagi...
 
gelagat orang

Setiap orang ade taste masing-masing... dan tak salah pun kte nak yang bagaimana untuk kehidupan kita tapi ape yang penting adalah benda itu adalah yang baik dan tidak memudaratkan kita.... hehe..

Ade sesetengah orang, suka memilih2 dalam banyak perkara sama ada pakaian, pkerjaan, makanan, pilih restoren laa. pilih calon menantu laa.. macam2 benda yang mereka nak.. macam2 benda mereka cuba nk teroka... huhuhu... macam2 ada.. 

Tapi ape-ape pun yang kita buat, kita kena ingat siapa diri kita. Sentiasalah menjaga diri daripada melakukan kemungkaran. Jangan la kita menjadi orang yang dibenci orang lain. Contohnya, sombong. Kalau ade orang yang sebegini, dia pasti xde ramai kawan. Orang len pun takut nak kawan dgn dia, sebab dia sombong.. tegur orang pun tak nak , bila berjumpa dengan orang lain, bukan je tak mau bersalam, senyum pun tidak... mcm mane lah nak ade kawan..dan kadang kala mendatangkan rasa marah dan tidak puas hati orang lain lak terhadap individu tersebut. Jadi, renungkan lah kita ini orangnya yang bagaimana k.. :)
.Webfetti.com

Thursday, September 10, 2009

Amar makruf nahi mungkar

Salam alaykum............

Masya Allah bulan Ramadhan bermula dengan baiknya.. Hari ini sha bukan nk bercerita tentang bulan Ramadhan kerana anda sudah pasti tahu akan kebaikan dan kelebihan bulan ini kan. Hari ini nak cerita tentang amar makruf nahi mungkar. Sha nak tanye kawan-kawan, apakah maksud "amar makruf nahi mungkar" ini??
Apa ek... hehe...

Emm.... untuk pengetahuan kawan-kawan, amar makruf membawa maksud menyuruh kepada kebaikan, dan nahi mungkar pula mencegah dari kemungkaran. Manusia itu perlu sentiasa berdakwah, manusia juga perlu didakwah dan perlu sentiasa berada di jalan dakwah. Jika kita rujuk dalam al-Quran, begitu banyak ayat-ayat yang menerangkan tentang berbuat yang makruf dan melarang kemungkaran, tapi mungkin sesetengah kawan-kawan tak perasan je kan.

Sha mengambil petikan dari ayat ini...
"Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah. (Ali 'Imran:110)

Dari ayat surah Ali 'Imran di atas, ade dua perkara yang Sha nak sebutkan. Yang pertama adalah umat terbaik dan yang kedua adalah amar makruf nahi mungkar.

Yang pertama sekali, Allah telah berfirman bahawa umat islam adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia. Kenapa agak-agaknya? Kenapa tidak kaum lain? Pastinya ramai yang akan mejawab, "semestinyalah, Islam kan agama Allah".. Emm... Jawapan yang bagus tetapi kurang tepat. Sebenarnya umat Islam adalah umat yang terpilih, umat yang terbaik dikalangan yang terbaik. Alhamdulillah, kita bertuah kerana telah lahir sebagai seorang muslim, telah diberi nama-nama yang baik oleh ibu bapa kita. Seharusnya, sebagai seorang umat Islam, kita lebih peka dengan tugas kita sebagai khalifah dan yang paling penting, kita menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar. Pasti kaum-kaum lain akan terpegun dengan umat Islam, umat yang suci dan sentiasa menjaga diri. Sentiasa mencari jalan dakwah dan memimpin orang lain membuat kebaikan serta menegur dengan penuh sabar.

anak-anak muslimin berebut untuk mengalunkan bacaan ayat2 suci Al-Quran


Dalam surah Al-'Asr ayat 1-3:
"Demi masa. Sesungguhnya, manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh,  mereka berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran (saling nasihat-menasihati)"

Dalam ayat ini jelas menunjukkan, bahawa manusia itu amatlah rugi kerana lalai dengan kehidupan duniawi, lalai dan alpa tentang diri. Kecuali orang-orang yang beriman, kerana orang-orang yang beriman ini sentiasa berpesan kepada kebenaran dan saling menasihati, saling menegur. Jika ade seseorang yang melakukan kesalahan, mereka ditegur dengan cara yang baik untuk berubah. 


Mungkin sesetengah orang tidak sedar bahawa mereka melakukan kesalahan, namun teguran yang baik dapat membawa mereka kembali kepada kebenaran, teguran yang baik dapat mencegah mereka dari terus melakukan kemungkaran.

Cara teguran pula perlulah teguran yang baik dan membina, janganlah kita tegur orang dengan cara kasar dan marah-marah nanti orang bukan nya akan berubah, tapi bertambah-tambah parah pula sikap mereka. Nabi s.a.w sendiri mengajak manusia itu untuk sentiasa berada di jalan yang benar, baginda sendiri berdakwah dan sabar menyebarkan agama Allah seperti dalam petikan  ayat surah ini....

"Maka berkat rahmat Allah, engkau (Muhammad) berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya engkau bersikap keras dan berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekitarmu. Kerana itu maafkanlah mereka dan mohonkanlah ampunan untuk mereka dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu...." (Ali 'Imran:159)

Yang kedua, ana ingin tekankan "amar makruf nahi mungkar" ini... Seperti yang ana dah terangkan kat atas, banyak surah-surah yang menceritakan tentang ini. Cuma kita sebagai umat Islam haruslah peka, kenapakah ayat ini disebut banyak-banyak kali? Sudah pasti lah, Allah ingin mengingatkan kita bahawa tugas khalifah itu bermula dengan dakwah. Semua orang boleh berdakwah. Pernah tak dengar ungkapan ini "Jangan melihat kepada siapa yang berkata, tetapi lihatlah kepada apa yang dikata" Sesiapa sahaja boleh menegur seseorang kepada kebaikan dan membawa orang itu kembali ke pangkal jalan. Dengan dakwah juga, manusia tu akan sentiasa beringat, sambil dia mengingatkan orang lain, dia pun akan mengingatkan diri dia sendiri.

Ana mengambil contoh petikan ayat ini...
"Wahai anakku! Laksanakanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat yang makruf dan cegahlah (mereka) dari yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu, sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara yang penting" (Lukman:17)

Daripada petikan surah ini, Lukman telah berpesan kepada anaknya, supaya menyeru manusia berbuat yang makruf. Lukman sendiri telah berdakwah kepada anaknya dan menyuruh anaknya sampaikan pula kepada orang lain. Itulah hebatnya dakwah, ia sentiasa terus manerus dan tidak berhenti setakat itu sahaja. Jadi kepada kawan-kawan, jika kita ade melihat kawan-kawan kita di luar sane melakukan sesuatu yang membawa kepada keburukan dan dosa, cegahlah dari awal kerana mungkin dengan teguran kita itu, dapat membawa dia kembali ke jalan yang benar.

Namun Sha sedikit kesal kerana ade sesetengah orang cakap " saya tak boleh nasihatkan dia, diri sendiri pun tak sempurna, nak nasihatkan orang lain, awk laa"... Masya Allah. Jika semua orang menganggap diri mereka tidak sempurna, tiadalah dakwah dan bagaimana kita hendak membawa sahabat-sahabat kita kepada kebaikan, betul tak? kita tanya pada diri kita sendiri. 
Jika orang yang telah menerima kebaikan tetapi dia buat-buat tak dengar, malah tidak suka mendengar, dan degil dengan sikap dia, biarkanlah mereka. Namun kita doakan sahaja biar mereka barubah. Itulah selemah-lemah iman.

Sha mengambil petikan ayat ini...
"Terimalah apa yang mudah engkau lakukan, dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan hiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya)" 
                                                                                                                                             (Al'A'raf:199)

Jadi apa-apa pun, kita cubalah untuk mengajak orang melakukan perkara baik dan kita cuba memperbaiki diri dan kelemahan kita supaya dapat menjadi insan yang baik juga. Cuba lah menjadi muslim dan muslimah yang sejati dan seterusnya menjadi mukmin dan mukminat.. InsyaAllah....

Tuesday, September 8, 2009

surat cinta..........

Assalamualaikum...

Sebenarnya sha tak tau nk mulakan tulis ni. Tapi sha cuba mengambil sedikit masa untuk menulis. So, topik kali ini adalah surat cinta....
Emm....... mesti tertanya-tanya kan, kenape lak sha ni tiba-tiba je bermula dengan topik cinta. Kata orang cinta itu indah sangat, ibarat dunia ini milik berdua. Ada lak yang kata, cinta itu ketawa dan air mata dan ada yang cakap cinta itu banyak membawa penderitaan. Owh.. hebat juga ya cinta ni, boleh buat orang tertawa, menangis, gembira dan kecewa. Huhuhu.............

Semua orang ingin disayangi, dicintai, dilindungi dan mengharapkan hubungan itu akan kekal hingga ke akhir hayat, namun manusia itu hanya merancang dan Allah tentukan segalanya. Sha nak tanya pada kawan-kawan, pernah tak dapat surat cinta? ei.. besnya, sha x pernah dapat... Mesti seronok kan, mesti senang hati bila baca surat cinta tu kan nak-nak lak dari buah hati tersayang. Agak-agak dalam sehari, brape kali eh korang ulang2 bace surat cinta tu? Yelah, penawar rindu la katakan.. hehe

Oklah, berbalik pada topik sha pada hari ini, ana bukanlah ingin bercerita tentang cinta manusia, tapi ingin mengupas sedikit tentang surat cinta dari Allah... Tahukah kawan-kawan apakah surat cinta dari Allah itu????
Itulah Qalam Allah yang suci yakni Al-Quran karim..

 
Al-Quran

Sha nak tanya kawan-kawan, dalam sehari berapa kali kawan-kawan membaca surat cinta dari Allah ini? Sudah berapa kali kawan-kawan khatam Quran? soalan ini bukan lah sha minta kawan-kawan jawabkan. Tetapi sha mahu kawan-kawan cuba fikirkan dan renungkan kembali. Cuba pejamkan mata dan tanya dasar hati. Kemanakah kita sebelum ni? Kenapa kita lupa kepada surat cinta Allah? Kita mengharapkan cinta kita berbalas dengan sentiasa menanti surat cinta dari buah hati kita, namun pernahkah kita terfikir dengan surat cinta Allah? Masya Allah..... Sudah lama surat cinta ini ada dengan kita. Sudah berapa lama kita tak baca surat cinta Allah? sudah berapa lama kita tak buka Al-Quran? 

Berkata Ibnu Mas'ud R.A:
"Sesiapa yang hendak mengetahui sama ada dia cintakan Allah atau tidak.. maka hendaklah dia melihat kepada Al-Quran.. Jika dirinya mencintainya, sesungguhnya dia mencintai Allah.. kerana sesunggunya Al-Quran itu Kalam Allah..."

Mungkin selama ini kita alpa, kita lalai, kita leka. Al-Quran terjatuh, kita ambil, kita cium dan kita letak semula di atas almari. Kenapa kita tidak buka Al-quran itu dan membacanya? Sesetengah Quran itu hanyalah dijadikan barang hantaran dan ada Al-Quran dijadikan perhiasan yang bersalut dengan emas di tepinya, namun apa guna jika kita tidak membaca?

Dalam Al-Quran sendiri ade menyebut..
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada dalam dada kamu dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman" (Yunus:57)

Oleh itu, marilah kawan-kawan semua, kita renung kembali dan kita persiapkan diri kita dengan membaca Al-Quran. Selagi ada hayat kita, jadikan Al-Quran itu seperti rakan karib kita.. 

Jangan sesekali kita abaikan A-Quran itu, kerana setiap huruf dalam Al-Quran sudah memberi anda banyak pahala inikan pula membacanya. Al-Quran inilah yang akan menjadi rakan karib kita di dalam kubur nanti dan Al-Quran itu jugalah yang menjadi cahaya penyuluh yang menjadi pendinding dan penghadang dari api neraka. Al-Quran inilah yang akan menarik kita ke syurga Allah s.w.t... 

Jadikanlah Al-Quran ini sahabat kita, teman kita, bawalah ia bersama kita, buka dan bacalah. Marilah kita terokainya.. Banyak hikmah yang tersembunyi di sebalik Al-Quran itu... 
Setiap makna-maknanya begitu indah sekali.. Jadikanlah diri kita ini, generasi Al-Quran... =)


kanak-kanak membaca Al-Quran


man ana??????

salam alaykum...

ahlan wasahlan.....
1st skali sha nk ucap... thanks cos sudi lawat blog sha nie...
mesti sahabat2 tertanye2 sape la sha ni kn??
senang crita.. nama diberi sharifah amira.. sahabat sahabiah boleh panggil sharifah ke.. sha ke.. shaieyra ke.. sha trima je..
skarang ni da umo 21 tahun.. da besar da...
tinggal di Jerantut, Pahang.....
Dibesarkan dlm keluarga yg agk besar la jugak... ade 7 adik beradik..
baru grad diploma dari Poli JB..
dan smbung study kat UiTM Shah Alam..

ni family sha.. hehe.. zaman kecik dulu..


walid: syed sulaiman b. syed bakar al-khairrid....
umi: sharifah nor'aini bt syed nordin al-khairrid...
bil.adik beradik : 7 orang
anak ke: 1 (sulung)
suka makan: nasi goreng, mee goreng basah, mee kari, udang sambal.
minum: jus buahan-buahan & air soya

nk tulih ape lg ek?? x tau da... tapi 2 je la serba sedikit ttg sha..hehe...