Monday, November 2, 2009

meniti sifat S.A.B.A.R

SALAM..........
Maaf... da lame betul sha tak update blog... bukan kerana bz tapi banyak hal nk kne buat smpai lupe pd blog sendiri... ape2 pn hari ni.. i'm gonna 2 write sumething... tentang ape ye??
emm.... sebenarnya.. sha nk berkata tentang sabar........... sha pun taip la slow sebab nak perah idea apa sha nak tulis kan.. hehe...

Sabar ni... banyak tafsirannya. Terserah pada individu tu nk tafsir makna sabar.. tapi sebenarnya sifat sabar ni sudah terpupuk dalam diri setiap manusia sejak dia di dalam rahim ibu lagi. betul x? Seorang bayi perlu sabar menunggu dirinya keluar ke alam dunia selama 9 bulan di dalam perut ibunya.. Si ayah dan ibunya juga begitu sabar menanti kelahiran anaknya dengan membeli pelbagai persediaan rapi untuk menyambut kelahiran bayi tersebut...

Kemudian setelah dia lahir, ibu bapanya menjaga dan mengasuh anak itu dengan penuh sabar. Biase la budak kecik kan, banyak ragam.. Kadang-kadang kencing malam, kembung, demam dan macam-macam lagi dan betul-betul menguji kesabaran seorang ibu dan seorang bapa....... Begitulah uniknya sifat sabar ini kan.


Selain dari itu, Allah s.w.t sentiasa menguji kesabaran hamba-hambaNya... Dia menurunkan ujian dan dugaan untuk melihat sejauh mana tahap kesabaran hambaNya dengan setiap ujian-ujian itu. Adakah seseorang manusia itu marah dengan ujian yang menimpanya? ataukah sabar dan redha dengan apa yang berlaku atas dirinya? sejauh mana kesabaran itu?

Jika kita tanya jauh dari lubuk hati kita, kenapa Allah s.w.t menguji kita? Kenapa tidak uji orang lain saja? Kenapa ujian itu ditimpakan atas kita? Kenapa tidak orang lain? Pernahkan anda terfikir kenapa?
Jawapannya senang saja, sebenarnya Allah sayang pada kita. Allah begitu mengambil berat tentang kita. Jika Allah tak sayang pada kita, Dia tidak menduga kita begitu dan begini. Ujian itu sebenarnya memberi kita kesedaran atas kesalahan yang kita buat sebelum ini dan memperbaiki diri kita menjadi yang lebih baik. Jika Allah tak sayang pada kita, Dia pasti membiarkan kita melakukan apa-apa saja yang kita suka, Dia akan membiarkan apa sahaja yang kita hendak lakukan samada baik atau tidak, tetapi apabila tiba hari pembalasan, Dia akan memberi balasan yang setimpal dengan perbuatan kita. 

Dalam Quran juga ada menyebut.......
" Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar" (Al-Baqarah:153)

Begitulah Allah telah berfirman, bahawa Dia berada bersama-sama dengan orang yang sabar. Jangan lah kita menganggap, diri kita ini berseorangan dan Allah pasti menjadi penolong kita. Hanya padaNya lah kita memohon pertolongan. 

Tujuan Allah memberi ujian atas kita adalah kerana Dia mahu kita mencari redhaNya, Dia mahu kita setia padaNya, Dia mahu kita mencari SyurgaNya... Tapi sesetengah manusia tidak pernah sedar. Ada yang marahkan pada Allah di atas ujian berat yang menimpanya. Ada yang sudah tidak percaya pada Allah. Masya Allah. Janganlah kita berburuk sangka dengan Allah, sesungguhnya kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya. Allah tidak menguji kita dengan ujian yang berat kecuali yang bisa tertanggung oleh kita. Dia lebih tahu tentang hamba-hambaNya dan sesabar manakah hambaNya menerima ujian dan cobaan.

Lihat pada petikan ayat di bawah ini...

"Dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata ''inna lillahi wa inna ilaihi raji'un'' (sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya lah kami kembali). (Al-Baqarah:155-156).

Begitulah ujian Allah bertujuan menguji kesabaran kita. Jika nak berhujjah tentang makna sabar ini, pasti panjang sangat kan. Cuba kita merenung sejenak kisah-kisah nabi dan rasul yang diutus oleh Allah s.w.t untuk membangunkan agamaNya. Macam-macam ujian Allah timpakan atas rasul-rasulnya.. Ujian yang lebih hebat daripada Dia menguji manusia biasa, betapakah rasul-rasul yang dimuliakan itu sabar dengan ujian Allah? Lihat lah perjalanan hidup Rasulullah s.a.w.. Bagaimana baginda Rasulullah dihina, diherdik, dibaling dengan batu hingga berdarah dahinya, rumahnya dilemparkan dengan najis, bagaimana baginda begitu sabar menahan ujian yang betul-betul menguji kesabarannya.. Ya Allah, begitu sabarnya Rasulullah, patutlah baginda adalah nabi yang terbaik. Nabi yang paling banyak ditimpa ujian dan paling banyak bersabar. Hebatnya akhlak Rasulullah. Jika sifat sabar tiada dalam diri baginda, sudah tentu Islam ini tidak akan berkembang di seluruh dunia sekarang.

Jadi pengajaran daripada kisah ini, mira ingin simpulkan, apa-apa pun ujian yang Allah timpakan pada kita, sentiasalah ikhlas, tawadduk dan redha. Mungkin Allah menguji dengan ujian yang lebih berat pada orang lain kan. Fikir-fikirkanlah........

sanggup dia melakukan pekerjaan ini dengan penuh sabar

No comments: