Thursday, September 10, 2009

Amar makruf nahi mungkar

Salam alaykum............

Masya Allah bulan Ramadhan bermula dengan baiknya.. Hari ini sha bukan nk bercerita tentang bulan Ramadhan kerana anda sudah pasti tahu akan kebaikan dan kelebihan bulan ini kan. Hari ini nak cerita tentang amar makruf nahi mungkar. Sha nak tanye kawan-kawan, apakah maksud "amar makruf nahi mungkar" ini??
Apa ek... hehe...

Emm.... untuk pengetahuan kawan-kawan, amar makruf membawa maksud menyuruh kepada kebaikan, dan nahi mungkar pula mencegah dari kemungkaran. Manusia itu perlu sentiasa berdakwah, manusia juga perlu didakwah dan perlu sentiasa berada di jalan dakwah. Jika kita rujuk dalam al-Quran, begitu banyak ayat-ayat yang menerangkan tentang berbuat yang makruf dan melarang kemungkaran, tapi mungkin sesetengah kawan-kawan tak perasan je kan.

Sha mengambil petikan dari ayat ini...
"Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah. (Ali 'Imran:110)

Dari ayat surah Ali 'Imran di atas, ade dua perkara yang Sha nak sebutkan. Yang pertama adalah umat terbaik dan yang kedua adalah amar makruf nahi mungkar.

Yang pertama sekali, Allah telah berfirman bahawa umat islam adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia. Kenapa agak-agaknya? Kenapa tidak kaum lain? Pastinya ramai yang akan mejawab, "semestinyalah, Islam kan agama Allah".. Emm... Jawapan yang bagus tetapi kurang tepat. Sebenarnya umat Islam adalah umat yang terpilih, umat yang terbaik dikalangan yang terbaik. Alhamdulillah, kita bertuah kerana telah lahir sebagai seorang muslim, telah diberi nama-nama yang baik oleh ibu bapa kita. Seharusnya, sebagai seorang umat Islam, kita lebih peka dengan tugas kita sebagai khalifah dan yang paling penting, kita menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar. Pasti kaum-kaum lain akan terpegun dengan umat Islam, umat yang suci dan sentiasa menjaga diri. Sentiasa mencari jalan dakwah dan memimpin orang lain membuat kebaikan serta menegur dengan penuh sabar.

anak-anak muslimin berebut untuk mengalunkan bacaan ayat2 suci Al-Quran


Dalam surah Al-'Asr ayat 1-3:
"Demi masa. Sesungguhnya, manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh,  mereka berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran (saling nasihat-menasihati)"

Dalam ayat ini jelas menunjukkan, bahawa manusia itu amatlah rugi kerana lalai dengan kehidupan duniawi, lalai dan alpa tentang diri. Kecuali orang-orang yang beriman, kerana orang-orang yang beriman ini sentiasa berpesan kepada kebenaran dan saling menasihati, saling menegur. Jika ade seseorang yang melakukan kesalahan, mereka ditegur dengan cara yang baik untuk berubah. 


Mungkin sesetengah orang tidak sedar bahawa mereka melakukan kesalahan, namun teguran yang baik dapat membawa mereka kembali kepada kebenaran, teguran yang baik dapat mencegah mereka dari terus melakukan kemungkaran.

Cara teguran pula perlulah teguran yang baik dan membina, janganlah kita tegur orang dengan cara kasar dan marah-marah nanti orang bukan nya akan berubah, tapi bertambah-tambah parah pula sikap mereka. Nabi s.a.w sendiri mengajak manusia itu untuk sentiasa berada di jalan yang benar, baginda sendiri berdakwah dan sabar menyebarkan agama Allah seperti dalam petikan  ayat surah ini....

"Maka berkat rahmat Allah, engkau (Muhammad) berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya engkau bersikap keras dan berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekitarmu. Kerana itu maafkanlah mereka dan mohonkanlah ampunan untuk mereka dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu...." (Ali 'Imran:159)

Yang kedua, ana ingin tekankan "amar makruf nahi mungkar" ini... Seperti yang ana dah terangkan kat atas, banyak surah-surah yang menceritakan tentang ini. Cuma kita sebagai umat Islam haruslah peka, kenapakah ayat ini disebut banyak-banyak kali? Sudah pasti lah, Allah ingin mengingatkan kita bahawa tugas khalifah itu bermula dengan dakwah. Semua orang boleh berdakwah. Pernah tak dengar ungkapan ini "Jangan melihat kepada siapa yang berkata, tetapi lihatlah kepada apa yang dikata" Sesiapa sahaja boleh menegur seseorang kepada kebaikan dan membawa orang itu kembali ke pangkal jalan. Dengan dakwah juga, manusia tu akan sentiasa beringat, sambil dia mengingatkan orang lain, dia pun akan mengingatkan diri dia sendiri.

Ana mengambil contoh petikan ayat ini...
"Wahai anakku! Laksanakanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat yang makruf dan cegahlah (mereka) dari yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu, sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara yang penting" (Lukman:17)

Daripada petikan surah ini, Lukman telah berpesan kepada anaknya, supaya menyeru manusia berbuat yang makruf. Lukman sendiri telah berdakwah kepada anaknya dan menyuruh anaknya sampaikan pula kepada orang lain. Itulah hebatnya dakwah, ia sentiasa terus manerus dan tidak berhenti setakat itu sahaja. Jadi kepada kawan-kawan, jika kita ade melihat kawan-kawan kita di luar sane melakukan sesuatu yang membawa kepada keburukan dan dosa, cegahlah dari awal kerana mungkin dengan teguran kita itu, dapat membawa dia kembali ke jalan yang benar.

Namun Sha sedikit kesal kerana ade sesetengah orang cakap " saya tak boleh nasihatkan dia, diri sendiri pun tak sempurna, nak nasihatkan orang lain, awk laa"... Masya Allah. Jika semua orang menganggap diri mereka tidak sempurna, tiadalah dakwah dan bagaimana kita hendak membawa sahabat-sahabat kita kepada kebaikan, betul tak? kita tanya pada diri kita sendiri. 
Jika orang yang telah menerima kebaikan tetapi dia buat-buat tak dengar, malah tidak suka mendengar, dan degil dengan sikap dia, biarkanlah mereka. Namun kita doakan sahaja biar mereka barubah. Itulah selemah-lemah iman.

Sha mengambil petikan ayat ini...
"Terimalah apa yang mudah engkau lakukan, dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan hiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya)" 
                                                                                                                                             (Al'A'raf:199)

Jadi apa-apa pun, kita cubalah untuk mengajak orang melakukan perkara baik dan kita cuba memperbaiki diri dan kelemahan kita supaya dapat menjadi insan yang baik juga. Cuba lah menjadi muslim dan muslimah yang sejati dan seterusnya menjadi mukmin dan mukminat.. InsyaAllah....

No comments: