Tuesday, September 8, 2009

surat cinta..........

Assalamualaikum...

Sebenarnya sha tak tau nk mulakan tulis ni. Tapi sha cuba mengambil sedikit masa untuk menulis. So, topik kali ini adalah surat cinta....
Emm....... mesti tertanya-tanya kan, kenape lak sha ni tiba-tiba je bermula dengan topik cinta. Kata orang cinta itu indah sangat, ibarat dunia ini milik berdua. Ada lak yang kata, cinta itu ketawa dan air mata dan ada yang cakap cinta itu banyak membawa penderitaan. Owh.. hebat juga ya cinta ni, boleh buat orang tertawa, menangis, gembira dan kecewa. Huhuhu.............

Semua orang ingin disayangi, dicintai, dilindungi dan mengharapkan hubungan itu akan kekal hingga ke akhir hayat, namun manusia itu hanya merancang dan Allah tentukan segalanya. Sha nak tanya pada kawan-kawan, pernah tak dapat surat cinta? ei.. besnya, sha x pernah dapat... Mesti seronok kan, mesti senang hati bila baca surat cinta tu kan nak-nak lak dari buah hati tersayang. Agak-agak dalam sehari, brape kali eh korang ulang2 bace surat cinta tu? Yelah, penawar rindu la katakan.. hehe

Oklah, berbalik pada topik sha pada hari ini, ana bukanlah ingin bercerita tentang cinta manusia, tapi ingin mengupas sedikit tentang surat cinta dari Allah... Tahukah kawan-kawan apakah surat cinta dari Allah itu????
Itulah Qalam Allah yang suci yakni Al-Quran karim..

 
Al-Quran

Sha nak tanya kawan-kawan, dalam sehari berapa kali kawan-kawan membaca surat cinta dari Allah ini? Sudah berapa kali kawan-kawan khatam Quran? soalan ini bukan lah sha minta kawan-kawan jawabkan. Tetapi sha mahu kawan-kawan cuba fikirkan dan renungkan kembali. Cuba pejamkan mata dan tanya dasar hati. Kemanakah kita sebelum ni? Kenapa kita lupa kepada surat cinta Allah? Kita mengharapkan cinta kita berbalas dengan sentiasa menanti surat cinta dari buah hati kita, namun pernahkah kita terfikir dengan surat cinta Allah? Masya Allah..... Sudah lama surat cinta ini ada dengan kita. Sudah berapa lama kita tak baca surat cinta Allah? sudah berapa lama kita tak buka Al-Quran? 

Berkata Ibnu Mas'ud R.A:
"Sesiapa yang hendak mengetahui sama ada dia cintakan Allah atau tidak.. maka hendaklah dia melihat kepada Al-Quran.. Jika dirinya mencintainya, sesungguhnya dia mencintai Allah.. kerana sesunggunya Al-Quran itu Kalam Allah..."

Mungkin selama ini kita alpa, kita lalai, kita leka. Al-Quran terjatuh, kita ambil, kita cium dan kita letak semula di atas almari. Kenapa kita tidak buka Al-quran itu dan membacanya? Sesetengah Quran itu hanyalah dijadikan barang hantaran dan ada Al-Quran dijadikan perhiasan yang bersalut dengan emas di tepinya, namun apa guna jika kita tidak membaca?

Dalam Al-Quran sendiri ade menyebut..
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada dalam dada kamu dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman" (Yunus:57)

Oleh itu, marilah kawan-kawan semua, kita renung kembali dan kita persiapkan diri kita dengan membaca Al-Quran. Selagi ada hayat kita, jadikan Al-Quran itu seperti rakan karib kita.. 

Jangan sesekali kita abaikan A-Quran itu, kerana setiap huruf dalam Al-Quran sudah memberi anda banyak pahala inikan pula membacanya. Al-Quran inilah yang akan menjadi rakan karib kita di dalam kubur nanti dan Al-Quran itu jugalah yang menjadi cahaya penyuluh yang menjadi pendinding dan penghadang dari api neraka. Al-Quran inilah yang akan menarik kita ke syurga Allah s.w.t... 

Jadikanlah Al-Quran ini sahabat kita, teman kita, bawalah ia bersama kita, buka dan bacalah. Marilah kita terokainya.. Banyak hikmah yang tersembunyi di sebalik Al-Quran itu... 
Setiap makna-maknanya begitu indah sekali.. Jadikanlah diri kita ini, generasi Al-Quran... =)


kanak-kanak membaca Al-Quran


No comments: